Pengikut

Khamis, 20 Oktober 2016

apa itu KV

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

KV? Apa tu?

KV adalah Kolej Vokasional iaitu sekolah vokasional/teknik yang telah dinaik taraf menjadi Kolej. Hampir 90% buah sekolah dinaiktaraf menjadi kolej manakala yang selebihnya masih status sekolah teknik.

KV menjalankan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 1 dan 2 pengajian manakala Diploma Vokasional Malaysia (DVM)  untuk tahun 3 dan 4. Objektif utama KV adalah melahirkan tenaga kerja yang mahir. Fahami betul-betul..."melahirkan tenaga kerja".

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan. Antaranya ialahTeknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik seperti yang ditawarkan di KV Seri Manjung.

Pada masa kini, KV dalam proses mendapatkan MQA iaitu bagi membolehkan graduan dari KV melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta memohon sebarang jawatan yang memerlukan pengesahan status MQA.

Sesungguhnya setiap KV berhempas-pulas memastikan KV masing-masing memperoleh pengakreditasian penuh oleh MQA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...