Pengikut

Selasa, 23 September 2014

UPSR lagi....?????

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...



hm...berita yang sangat mengejutkan...soalan UPSR bocor lagi..kali ni untuk matapelajaran Matematik dan Bahasa Tamil... Sabar la wahai anak-anak...inilah dunia realiti...dugaan datang dan pergi...

Bukan murid-murid je yang terkesan...ibu bapa, guru, pengawas peperiksaan, penanda kertas....dan sesiapa yang berkaitan secara langsung atau tidak turut kena tempias...siapa la yang punya angkara ni kan...semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi...

29 September ni untuk ulangan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Manakala pada 9 Oktober, ulangan bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil..

Kalau anakMommy jadi cikgu UPSR....giler stress..ingat kerja tahun ni dah boleh setel...tapi....sebaliknya yang berlaku....bersabarlah cikgu-cikgu.....

hm......matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Cina tak bocor ke?

Jumaat, 19 September 2014

Petua: Hilangkan Batuk

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Bila pregnant ni memang tak boleh makan ubat sembarangan..setakat pening tu..tahan je la..paracetamol pun kalau boleh cuba elak....
Tapi bayangkan kena batuk masa kritikal macam ni...alahai....rasa nak terkeluar baby.....nak makan ubat batuk, tak boleh pulak... say NO!!! to ubat batuk..

Haritu En.Baba balik kerja...bawa balik limau nipis...katanya untuk legakan batuk..ok la..memang dah biasa pun. Minum madu dan limau nipis masa batuk...tapi yang luar biasa, En. Baba cakap.. "Nah, ambil limau nipis ni..perah...campur dengan kicap. Minum sesudu"  Ha??!! KICAP? biar betul?? erk...apa la rasa kan...
not bad...sedap je jugak..masam masin manis...hehehe
jom try....

Selain tu ade jugak bagi petua:

1. Campurkan minyak zaitun dengan lemon. Minum 1 sudu.

2. Bancuh madu dan perahan limau nipis dalam air suam.

3. Agak rare jugak.. Sapu minyak gamat pada tekak. Yang ni anakMommy tak try lagi...

Sekarang ni dah reda sikit batuk anakMommy...setelah guna petua kicap dan madu...

Selasa, 9 September 2014

UPSR today....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Harini adik-adik sekolah rendah menduduki UPSR.. Semoga berjaya diucapkan...

Sumber: Google

Sabtu, 6 September 2014

Nak Pasang Wallpaper...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Ada rakan-rakan blogger yang pasang wallpaper di rumah? Anakmommy ada survey jugak wallpaper. Boleh tahan mahal jugak kan. Area Manjung ni..harga dalam lingkungan RM650-RM750 segulung sekali dengan kos upah. Kalau dah beli wallpaper, upah pasang RM150-RM200 segulung. Ni harga untuk Korea Wallpaper la. Kalau wallpaper yang kecik sikit...taktau la harganya. Hm...so tertangguh la niat nak pasang wallpaper. Nak kena simpan duit dulu...

Tapi....ada jugak wallpaper yang murah. Yang menjadi buah mulut sekarang wallpaper KAISON. AnakMommy ada gak tengok-tengok di KAISON AEON Seri Manjung. Ada 2 jenis.. yang murah RM19.90 wallpaper siap dengan sticker.. yang mahal sikit RM55.90..corak timbul-timbul..

AnakMommy ada beli 2gulung yang murah. Senang dah ada sticker. Wallpaper nak try tampal kat dalam bilik. Tapi dah 2minggu tak bertampal lagi.. En.Baba cakap nak kena beli berus gosok wallpaper la...nak kena ada pisau khas la..ape mende ntah lagi...macam-macam hal la pulak. Ye ke? Ada sesiapa yang pernah pasang sendiri wallpaper di rumah?

Jumaat, 5 September 2014

Jumaat barakah

Sumber: http://mimbarkata.blogspot.com


Adab dan Sunnah Hari Jumaat
 
1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)

Ahmad Sanusi Husain
CEO & Principal Consultant - Alfalah Consulting

Rabu, 3 September 2014

Bocor lagi....

Assalamuaikum...
Salam Sejahtera..

Manjung sekarang ni musim hujan.boleh dikatakan selang sehari mesti hujan...sejuk..best...no more jerebu macam bulan puasa haritu....tapi yang tak bestnya hujan dalam rumah jugak...uwaaaaaaaa....tapi nasib baik la bocor dalam bilik air..tak ada la sakit hati sangat. tp tengok siling bilik air tu dah tak cantik la..dah 3 kali pergi report...tak ada yang datang repair pun lagi...sekarang ni rumah masih dalam waranti developer. sampai 1tahun setengah kerani YNH tu cakap. Sebab tu la jugak anakMomy tak upah orang buat. macam kedekut kan?hehe

bocornya pulak dalam bilik air master bedroom je. Nasib baik tempat-tempat lain tu ok. Sebelum musim panas tu dah bocor jugak. Dah pernah uncle tu datang repair... ni bocor lagi.. lagi dasyat dari yang sebelum ni..sabar je la....ni la risiko rumah sendiri..kalau rumah sewa..bagitau tuan rumah je.tak payah susah-susah fikir..

Selasa, 2 September 2014

My third pregnancy...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah.Syukur ya Allah...ditakdirkan rezeki anakMommy mengandung lagi...untuk kali ketiga...harap-harap semuanya berjalan lancar...sekarang ni pun dah masuk trimester kedua..dah 19minggu...dah boleh rasa baby berenang-renang...huhu

anakMommy mengandung selepas 6bulan keguguran yang kena buat D&C tu..kiranya senang la jugak nak lekat yang seterusnya..risau la jugak kot ada komplikasi apa-apa selepas buat D&C tu.tapi so far...alhamdulillah.murah rezeki..

trimester pertama tu sangat menguji kesabaran...anakMommy umpama mayat hidup..jasad ada...roh tiada..gi kerja pun malas-malas..bertudung hitam setiap hari..giler tak ada mood nak buat apa-apa..duduk termenung..diam...tak ada selera makan..muntah-muntah...dan paling penting...MALAS!!bayangkan sampai minggu ke 12 anakMommy berkeadaan macam tu..berat badan turun 5kg dalam tempoh 2bulan.

Sekarang ni dah okey..semua kembali ke asal...berat badan pun dah naik. Lebih kurang 20minggu lagi je baby ni nak keluar. Dah tak sabar-sabar pulak. Dini pun excited nak dapat adik. Semoga semuanya dipermudahkan..amin.....

hm ada jugak anakMommy tanya nurse kenapa anakMommy gugur haritu..nurse cakap abnormal pada kandungan..sebab tu gugur..kalau berjaya mengandung mungkin baby tu ada masalah kesihatan, kecacatan dan so on.. "Allah menguji kita setakat yang kita mampu" bersabarlah...La tahzan.jangan bersedih....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...