Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Kad Debit

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Sekarang ni musim tukar kad bank @ kad atam dari yang biasa kepada kad debit. anakMommy pun baru tukar semua kad yang ada. Kad banyak..isi tiada..hahaha anakMommy dah tukar semua kad. BSN. CIMB. Maybank. Muamalat. anakMommy ingatkan kad debit je yang perlu tkar kepada kad debit baru. Rupanya kad atm biasa pun perlu tukar jugak. so sekarang ni, anakMommy dah ada kad atm debit. 4 kad tanpa ada duit dalam bank... =) ps: Kad bank maybank yang warna kuning pun kena tukar.

Penyu @segari

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Penyu bukan hanya di Terengganu.. Perak pun ada tau.. Dekat dengan anakMommy pulak tu..sama daerah, iaitu daerah Manjung di Segari. Nama tempat penyu ni adalah Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Dah lama En.Baba ajak pergi, tapi macam malas.. Ye la..tempat dekat. Pulau Pangkor pun baru 3kali pergi selama 8tahun bermukim di Manjung ni.hihi Akhirnya, tahun 2016 anakMommy sekeluarga menjejakkan kaki di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Masuk adalah percuma. Cara nak pergi ke tempat ni... Guna laluan Manjung-Taiping. Ikut papan tanda Janakuasa Sultan Azlan Shah. Nanti ada satu simpang ke kiri. Ada papan tanda juga. Tulis di situ Pusat Penetasan Penyu.. Masa anakMommy pergi tu, tak ada pengunjung. Hanya kami sekeluarga.. Pusat penetasan ni pun kecil je. Masa kami pergi, anak-anak penyu baru je dilepaskan ke laut..nak tunggu penyu menetas lagi...kena tunggu berbulan-bulan lagi. Macam-macam jenis penyu dapat lihat disini. Tuntung pun

Mata Kering @ Eye Dry

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Mata...? yes. EYE pancaindera yang sangat penting..tanpanya..gelap semua... dua minggu kebelakangan ni anakMommy asa tak selesa pada mata..rasa gatal dan berpasir. tapi bila tengok cermin, tiada masalah pun. tiada merah atau apa-apa dalam mata..em.. risau la jugak. anakMommy ada tanya optometri, kenapa perkara sebegitu boleh berlaku.. katanya: - selalu menggunakan laptop/komputer - penggunaan gadjet yang kerap - terdedah dalam suasana pendingin hawa dalam masa yang lama - pemakaian kanta sesentuh (contact lens) semua sebab tu menjadi punca kepada mata kering. jadi apakah penyelesaiannya? beli artificial tears di farmasi. Untuk mengurangkan kering pada mata.. hm..terasa diri ini semakin tua... =) optometri ada juga kongsikan langkah penjagaan mata. Nanti anakMommy update pada next entry...

Pertukaran Guru sesi Januari 2017

Assalamualaikum... Salam sejahtera... PERMOHONAN PERTUKARAN GURU  SESI JANUARI 2017 Dunia perguruan sangat menanti berita ini. Lagi mendebarkan dari Gegar Vaganza 3(GV3). Untuk permohonan pertukaran guru yang dibuka pada bulan September 2016, keputusan permohonan sudah mula boleh disemak mulai 7 November 2016 dan berkuatkuasa Januari 2017. https://epgo.moe.gov.my/  Keputusan kali ini memang mengejutkan sebab banyak permohonan diluluskan. Ramai rakan seperjuangan yang berjaya pindah. Anakmommy tumpang gembira dengan kawan-kawan. Rakan-rakan guru yang lain boleh semak. Mana tau ada rezeki. anakMommy pun nak mohon juga. Tapi tak ada ruang untuk ke sekolah rendah.hm.... bila agaknya boleh mohon ke sekolah rendah.Hehe

Iklan Nuffnang

ke manakah  menghilangnya nuff nuff

#throwback Dini's Sports Day

Assalamualaikum... Salam sejahtera.... Sukan tadika...anakMommy tak ingat la kenangan hari sukan masa tadika tahun 1991. Tadika paling terkenal masa tu... TADIKA KEMAS. hehe.... Mesti lah ada..tapi tak ingat apa yang berlaku. Fikiran bercampur-campur dengan cerita Upin-Ipin. ok. Kita berbalik kepada cerita Cik Dini.. Ini tahun kedua Cik Dini sertai Hari Sukan. Tahun lepas anakMommy tak sempat tengok. Bila sampai je, diorang dah habis main.. Sempat tengok masa bagi hadiah je. Alhamdulillah..tahun ni anakMommy sempat tengok Cik Dini main sampai habis. tapi tak juga dapat tunggu sampai bagi hadiah. Sebab tiba-tiba ada mesyuarat. hm.... Layankan gambar yang anakMommy sempat ambil semasa Hari Sukan Tadika Joyous Kids pada 26 Ogos 2016..