Pengikut

Jumaat, 28 Februari 2014

Kejadian bateri kereta

Asslamualaikum...
Salam sejahtera...

Siapa yang ada kereta pasti tau macam mana rupanya bateri tu...meh anakMommy tempek gambar bateri..




Ni la rupanya bateri kereta...agaknya la.jenama dah sama...


Disebabkan bateri kereta la anakMommy dah cuak sangat sampai rasa nak nangis...hehe sikit-sikit nangis kan...

10hb Februari yang lepas, anakMommy ada menghadiri mesyuarat di Kajang...nothing's happen..biasa-biasa je..mesyuarat pun berjalan lancar.sampai la hari terakhir....12hb Februari tu....lepas habis mesyuarat pukul 5, anakMommy pun bergegas la nak balik ke Perak...taknak la sampai malam sangat..jalan tak selamat..and anakMommy takut nak drive sorang-sorang. kot ada yang menumpang pulak nanti...

Macam biasa la. Keluar je dari tempat mesyuarat, gi stesen minyak dulu. Isi minyak kasi penuh...pastu mula lah perjalanan anakMommy balik rumah..masuk la highway yang banyak-banyak tu...taktau la apa nama highway. Kita ikut GPS je kan...hihi sampai la anakMommy ada nampak Petronas...hati pun berbicara..chewahhhh kihkihkih "nak top up touch n go la. dah tak cukup nak balik ni." anakMommy pun parking la keta. Masuk dalam Mesra tu..selesai la niat tadi tu...Masuk je kereta...jeng..jeng..jeng...kereta tak boleh start...alamak!! macam mana ni... Tunggu 5minit...anakMommy start balik..tak boleh jugak...berpanas-panas dalam kereta ni..telefon En.Baba...en.Baba kata.."bateri habis tu" erk! Habistu macam mana ni..

Terima kasih anakMommy nak ucapkan pada pekerja Petronas SKVE...sebab tolong anakMommy haritu..diorang ni la yang tolong tukarkan bateri kereta...dan nasib baik ada jual bateri kereta kat Petronas tu..dan paling penting..ada extra cash dalam beg dompet....terima kasih banyak-banyak...

Sampai sekarang anakMommy teringat-ingat lagi kejadian tu..tengok Petronas je mesti teringat kejadian bateri ni...hm...
tQ Achik Petronas SKVE =)

Isnin, 24 Februari 2014

oH air Kos0ng

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera....

Sekarang ni musim tak menentukan...cuaca berangin....pastu panas sangat......dah kemarau...tapi ahli kaji cuaca kata bukan kemarau.....fenomena biasa yang berlaku setiap tahun....penyakit pun senang datang menyinggah....

mybaby Dhia pun baru sembuh dari demam yang berpanjangan.seminggu jugak demam tu...anakMommy sekarang ni mengalami keadaan yang kurang sihat....sakit tekak...suara pun dah jadi bukan suara sebenar...hehe

Jagalah kesihatan dengan minum banyak air kosong.....pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk semua....

ni ada anakMommy bagi sebab kenapa perlu minum banyak air kosong...

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT



Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu meningkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.  Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.  
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.  
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.  
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.  
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. 
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari

7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

untuk artikel sepenuhnya: http://iekakimieka.blogspot.com/2013/05/kebaikan-minum-air-kosong.html

Khamis, 20 Februari 2014

Selamat Tahun Baru....

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera.....

Oh mY..oh My.....dah nak masuk bulan March dah pun....baru anakMommy sempat nak ucap Selamat Tahun Baru....hihi biasa la....kerja cikgu ni sangat la sibuk....dulu-dulu ingat senang je..tengahari dah balik rumah..budak-budak cuti, cikgu pun cuti..TAPI......bila dah terjebak dengan profesion ni....Allahu Akbar....

kerja sampai pukul 5...
Sabtu ada sekolah ganti....ada kursus....
Cuti sekolah pulak ada mesyuarat...kursus.....
ha...padan muka....kerja nak senang je kan...
agak bengang la jugak bila orang kata kerja cikgu senang....mengajar je...diorang taktau lagi kerja belakang tabir cikgu kena buat...jadi tukang kebun..linesman..motivator...kerani...cleaner...pengurus majlis...jurulatih..pengadil...hm...banyak lagi la..

tapi dah kerja kita..kita yang pilih..buat la dengan penuh amanah dan bertanggungjawab....ye ke....??? haha...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.....

p/s: see ya next entry...tak tau la bila berkesempatan lagi nak menulis....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...