Pengikut

Jumaat, 28 November 2014

Cik Dini vs Frozen

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

hm...parents mana yang taktau cerita frozen....?? Mostly semua tau la...
Adoi...anakMommy dah nak termuntah dah layan cerita ni....Bayangkan setiap pagi Cik Dini request nak tengok cerita tu...sampai dah boleh hafal dialog dalam cerita tu....masuk harini , ni hari ke 10 dah tengok cerita tu...uhuhuhu boringnya............

Tapi ada juga hikmah yang tersembunyi...apakah himah itu? anakMommy boleh buat kerja rumah tanpa gangguan...Cik Dini akan melekat depan tv tu selama 2jam... banyak kerja rumah yang boleh settle.. Kalau tak....nak kena layan dia main, sembang potpetpotpet..tq Disney Movie Frozen...ahaks..

Khamis, 27 November 2014

Alahai astro....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

anakMommy dah terima notis..kenaikan harga astro sebanyak RM5... omaigod... untuk rakyat marhaen macam anakMommy dan keluarga... banyak tu RM5. boleh dapat 2liter++ minyak RON95.. dah tau astro kejam..tapi kenapa masih setia dengan astro??? Nak buat macam mana, En. Baba layan channel Sport.. terpaksa melanggan jugak kekejaman Astro ni.. bila la nak ada Unifi kat Seri Manjung ni....kalau dah ada pun..bila la nak pasang tiang telefon belakang rumah ni...tak ada tiang telefon..tak berguna jugak...
ye ke??hm...



p/s: Sebelum ni layan skybox..pastu cline tu wat hal..internet rumah pun hal..hukhuk

Selasa, 25 November 2014

Consume set bersalin

Assalamualaikum..
Salam sejahtera....

Cepat betul masa berlalu. Sekarang ni dah 30weeks. Lebih kurang 10minggu je lagi untuk ada baby baru.. insyaAllah...doakan yang terbaik ye..

AnakMommy dah mula buat senarai barang keperluan. Untuk baby dan juga untuk anakMommy sendiri... En. Baba kata tunggu bulan 12 baru shopping barang baby..

Sekarang ni anakMommy tengah survey set bersalin.. Banyak betul set bersalin di pasaran... Dah rambang mata jadinya.. mengikut pengalaman yang lepas.. Cik Dini tu kena jaundis selama sebulan. Langsung tak boleh makan jamu atau apa-apa yang panas.. dah tu anakMommy pulak malas nak bancuh segala menda ramuan-ramuan tu..pilis la...apa ntah lagi... Kiranya set bersalin yang anakMommy beli masa tu tak berbaloi dan efektif pun... So this time, anakMommy dah tau dah apa yang anakMommy nak...simple dan bukan jamu...

untuk set bersalin, anakMommy plan nak ambik Set Bersalin Anugerah normal. harga RM199. Harap-harap boleh la cari yang diskaun...hehe kenapa anakMommy pilih yang ni? Sebab bila baca review dan tanya orang yang jual....penggunaan yang mudah. Tak perlu bancuh-bancuh.. Berasaskan minyak, losyen je. Pil pun tak ada. jadi untuk dalaman anakMommy ingat nak try Shaklee. Set berpantang basic..harga RM249 kot kalau tak salah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...