Pengikut

Selasa, 26 Januari 2016

Genting Highland 2016

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Tada....kitorang berada di Genting.... Cerita hari Ahad..kita throwback..kiki plan mengejut....hari Sabtu yang panas di Manjung... Anakmommy ajak en.baba gi Cameron..nak sejukkan badan sambil petik strawberi...tapi en.Baba tak setuju...dia kata Cameron tak sejuk pun..tak best..dia cadangkan pergi Genting...naik kereta kabel...lepas tu terus balik Temerloh...jumpa mak dia merangkap mak mertua anakMommy..hikhik
Sebab tu la kitorang tersampai ke sini..

Dari Manjung pukul 9 pagi...sampai kat stesen kereta kabel pukul 1.30 tengahari..macam takde orang je..naik je ke level 4, haaaaaaaa amik kau..panjang barisannya...berliku-liku.setelah 20minit menunggu,sampai juga giliran kami...yeay!!!! Kali pertama anakMommy naik dengan anak-anak..sebelum ni masa bercinta je. Harga tiket sekarang ni RM12.80 dua hala.sama je harga kanak-kanak dengan dewasa. Kanak-kanak bawah 90cm je yg percuma....

Perjalanan dari Stesen bawah hingga ke atas tu mengambil masa 20minit...anak-anak ok..takde la jakun nangis-nangis.relax je.. Cuaca agak berangin..terasa berbuai-buai dalam cable car.hihi 

Suhu di puncak Genting 18 degree C.sejuk..nyaman...dingin...best!!! Kitorang takde pergi indoor pun..jalan-jalan je...tengok outdoor yang masih dalam pembinaan. Agaknya bila la taman tema luar 20th century fox ni nak buka..progress macam baru 30%.hikhik macam la pandai sangat bab civil ni...

Pukul 5 kitorang dah turun...bye..bye Genting... See you again next 4years...

Khamis, 21 Januari 2016

Surat dari PTPTN

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

anakMommy dapat surat dari PTPTN.. Bulan 12 haritu dapat peringatan pertama... Minggu lepas dapat peringatan kedua pulak.huhu

semasa belajar..anakMommy ada buat pinjaman PTPTN. Pinjaman RM28000..dengan interest 3%.. bila dah kerja, bayar la sikit-sikit... tapi macam tak luak pun...kadang-kadang bayar..kadang-kadang tu ter'missed' la jugak..lagi menimbun-nimbun la pinjaman anakMommy tu..

bila PTPTN mengenalkan ujrah..anakMommy pun tak lepaskan peluang la..dari 3% ke 1%. ok la jugak bayarannya...bayar melalui potongan gaji. memang anakMommy tak pernah missed la bayar tiap-tiap bulan... bulanan RM178.89 sampai tahun 2023..dah tak lama dah tu...tapi yang tak syoknya dapat pulak tunggakan...banyak tau... RM5k++ . kesan dari bayar sikit, kadang-kadang tak bayar.

dah hutang...mesti la kena bayar..cuma dari segi interest...macammana diorang kira...jadi tanda tanya la jugak. tak pe la..anakMommy akan tunggu surat peringatan ketiga. baru nak mengorak langkah.kikiki

cemana nak settlekan tunggakan ni ye..bila pergi kaunter PTPTN di Giant Seri Manjung, diorang cadangkan keluarkan akaun 2 KWSP..anakMommy dah tak ada KWSP.. cara kedua, buat loan peribadi.. cara ketiga buat penstrukturan semula. hm.....anakMommy kena fikir cara terbaik nak setllekan hutang ni...adoi...... antara buat loan dan juga penstrukturan semula. dua-dua cara pun melibatkan hutang atas hutang....sampai bila hutang nak selesai kalau macam ni....hukhuk

Isnin, 11 Januari 2016

Waktu operasi Tabung Haji

Assalamualaikum...
Salam sejahtera

Entry ringkas pada pagi Isnin...
Waktu operasi kaunter tabung haji..

Bagi negeri Perak
Isnin - khamis: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Jumaat: 8.30 pagi hingga 12.15
               2.00 petang hingga 4.15 petang

**Tabung Haji Sitiawan sedang buat renovation..so kaunter berpindah ke tingkat atas. Masih di Tabung Haji yang lama. Tapi tingkat satu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...