Pengikut

Khamis, 22 Disember 2016

Spin Mop dari Cosway




Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Yes!! Yes!! anakMommy dapat jugak spin mop yang diidam-idamkan..dari awal tahun lagi dah aim tapi tak terbeli jugak. sebab ongkosnya enggak ada.. bila dah ada duit lebihan bercuti, hm..apa lagi, spin mop mula berpusing-pusing dalam fikiran la. mulanya anakMommy ushar Kloken spin mop dari GoShop... tapi macam lambat je nak sampai. hati dah tak sabar-sabar sangat. Nak segera jugak. anakMommy ajak en.Baba pergi ke Tesco Seri Manjung sebab dalam tu ada Cosway.

Sama je konsep mop GoShop dengan Cosway ni.. tak perlu perah pakai tangan. Cuma GoShop ada lagi banyak tambahan mop manakala Cosway ada satu mop je. Harga GoShop RM14X, Cosway pulak RM10X. kenapa ada X? anakMommy tak ingat nombor belakang tu...sorry...

dengan harga RM10X anakMommy dapat baldi, satu handle mop dan 2mop. Berbaloi jugak rasanya..kalau mop tu dah rosak, anakMommy boleh beli refill di Cosway. yang GoShop tu memang tak ada jual refill.
Memang mudah hari anakMommy mop dengan Spin Mop Cosway ni. Tak sakit tangan nak perah. cikDini pun tiba-tiba rajin tolong anakMommy mop.hehehe

update gambar:


Sabtu, 17 Disember 2016

Pengalaman Hebat dengan Zalora

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Zalora? Tak pernah dengar nama Zalora? Biar betul....
Nama gah untuk shopping online...mesti semua tau..tambahan lagi, semua di hujung jari.kita klik-klik aje.hehe

anakMommy ada shopping di Zalora. Best kot...huhu lama tak shopping online.. anakMommy mencari kasut.. Banyak sangat pilihan kasut yang ada...sampai rambang mata. sangat mudah untuk shopping. hanya klik je.

Pengalaman anakMommy dengan Zalaro adalah, sangat owesome. Puashati. membeli dengan mudah dan cepat sampai ke rumah pulak tu. Tak sampai 24jam, kasut dah sampai depan rumah. Yeay!!! TQ ZALORA....

Rabu, 14 Disember 2016

Wayang Family Friendly@TGV Seri Manjung



Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

movie timeee on Sunday!!!!!
yeay....Ahad lepas en.Baba bawa kami semua tengok cerita Moana..asalnya nak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng... tapi....review macam kurang menarik. Tunggu keluar kat astro je la.

Kami keluar rumah pukul 11.35pagi. Tayangan bermula pukul 11.45pagi untuk Moana (Family Friendly). 11.45pagi sampai AEON. 11.50pagi beratur beli tiket. Alamak. Cerita dah start pukul 11.45pagi.. en.Baba kata takpe la. Masuk je la lambat sebab next tayangan pukul 1tengahari. Lambat sangat nak tunggu. tapi....bila masuk pukul 12.05tengahari, cerita tak mula pun lagi..alhamdulillah....hihiihi nasib baik dengar cakap en.Baba

ada tulis Family Friendly untuk movie

Masa tengok tu..konfius juga sebab ada dua tayangan Moana..macam gambar diatas ni.. ada dua cerita Ballerina. Ballerina (Family Friendly) dan juga Ballerina. Yang anakMommy tengok tu ada Moana dan juga Moana (Family Friendly). Apa beza antara kedua tayangan Moana ni..?? anakMommy beli tiket Moana (Family Friendly) sebab masa tayangan dan juga pergi dengan family.kikiki...

Menurut penjual tiket di kaunter, wayang untuk family friendly ni cerah sikit dan bunyi tak kuat sangat. Sesuai untuk kanak-kanak. Disamping tiket pun lebih murah, so bila kanak-kanak bising ke, berlari-lari ke.. tak ada orang nak kisah. dah namanya pun family friendly..kekeke harga tiket anakMommy beli, RM25 (1twin seat dan 1 normal seat harga kanak-kanak RM5).

Taktau la nak cakap murah ke mahal. Last anakMommy tengok wayang adalah cerita Cinderella..tahun 2015. =D

Pada pendapat anakMommy, ok je tengok wayang family friendly. en.Baba tak perasan pun wayang tu cerah. dan Cik Dini pula cakap kuatnya suara dia mommy.. dan Cik Dini tak habis-habis potpetpotpet...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...