Pengikut

Khamis, 31 Disember 2015

Percutian 4 hari 3 malam ke JB

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Percutian hujung tahun....JB!!!!
Anakmommy plan percutian ni dari bulan 3. Booking hotel je pun. Nak jalan-jalan tu belum survey lagi.. Yang penting ada penginapan.... Hasil google..anakMommy pun booking KSL Hotel&Resorts yang terletak di bandar JB. Bilik Superior triple.. Family dah besar kan..hihi

Masa 9 bulan yang ada..anakMommy mula kumpul duit..dan tanya kawan-kawan yang pernah ke JB tentang tempat menarik yang ada disana.. At the end..tada...Ni tentatif anakMommy semasa di sana.

Hari pertama: perjalanan dan Kilang Bateri
Hari kedua: Hello Kitty World
Hari Ketiga: Legoland Waterpark, Istana Serene
Hari keempat: JPO dan perjalanan balik

Kilang bateri
Pernah terbaca di blog tentang tempat ni.. Kilang bateri yang dah tutup jadi tempat makan-makan dan menjual pelbagai jenis barangan seperti baju, buku, novel, tudung, pakaian kanak-kanak etc.. kitorang dinner disini je. Banyak jenis makanan jual.. Nasi briyani, lempeng, churos, chicken chop, bihun sup, nasi bubur, masakan panas dan macam-macam lagi lah.

Kalau korang datang sini.. Jangan parking kat dalam. Parking je kat luar. Kat tepi-tepi jalan tu. Kalau parking kat dalam.. Kena bayar RM10. Macam kitorang kena.hihi


Hello Kitty World
Inilah tujuan utama anakMommy ke Johor. Sebab nak datang sini la. Dari tahun lepas lagi nak datang. Tapi Dini macam kecil sangat lagi. Rugi pulak..
Comel je Hello Kitty kan. Tiket masuk sini.. RM68 seorang. Sama je harga dewasa dan kanak-kanak. Harga ni dapat kalau beli tiket dengan menunjukkan myKad. AnakMommy rasa beli walk-in dengan myKad lagi berbaloi dari beli online. Cuba korang try.
Macam-macam aktiviti ada disini. Masa anakMommy pergi tu.. Kitorang deco cookies, buat manik, button badge dan selamatkan Hello Kitty. Best jugak la. Dan pada masa-masa tertentu akan ada show. Macam sing along, parade dan take photo. tak terasa berada 5jam disitu.
Selain dari Hello Kitty ni, ada juga thomas&friends dan apa ntah lagi. Tak ingat. Harga tiket kombo kesemua tempat ni RM100 kalau beli dengan myKad.

Legoland Waterpark
Pada mulanya macam tak nak pergi.. Tapi rasa rugi la pulak.. Ntah bila nak datang Johor lagi.. So kitorang pergi jugak la ke sini.
Harga tiket RM100 dewasa. Kanak-kanak RM89 (rasanya la.terlupa). Baby bawah 2thun RM11 caj untuk 2keping diapers. Setiap tiket dewasa dan kanak-kanak dapat kupon makan RM10.
Makanan luar tak boleh bawa ok. Diorang akan tanya. Kalau nasib tak baik, dia akan check. Macam anakMommy yang sangat bernasib baik. Kitorang berjaya bawa masuk bubur, burger, roti, air. Melampau kan.hihi
Masa pergi ni musim hujan dan berangin..sejuk oooo... Mengikut kata staf disitu, kalau ada guruh, kilat, tempat main akan ditutup. Tapi bila keadaan kembali normal, boleh la main macam biasa.
Di waterpark, ada disediakan cabana untuk disewa. Kalau sewa pagi RM300. Pukul 2 keatas RM180. AnakMommy sewa sebuah cabana senang untuk menyusukan baby. Lagipun hari hujan kan. Basah beg nanti. Berbaloi juga sewa cabana ni. Kita dapat 4botol air mineral, 2 coke,2ice lemon heaven on earth, 2sprite, 2towel. kalau tau dapat semua-semua ni.tak payah la angkut towel dengan berbotol-botol air.grrr geram dengan diri sendiri. Pukul 1tengahari sampai tutup legoland waterpark ni kitorang layan. Hehe

Istana Serene
Datang sini sebab nak tengok replika mahkota... Wuuuuuu sangat cantik.tapi dalam kamera hp tak cantik sangat. Hp murah.hihi selain dari replika mahkota, ada fountain warna warni. Tapi takde muzik macam kat Sabah tu. Kebanyakan mereka datang sini lepak-lepak tengok anak berlari-lari. Ramai juga pelancong maxam anakMommy ni. Datang nak bergambar dengan replika mahkota yang besar tu..dengan ambil gambar depan pagar istana.


Johor Premium Outlet (JPO)
Tarikan terbaru di Johor. Banyak barang berjenama dijual disini. Tengok dari luar macam takde orang je. Kedai pun tak nampak. Bila dah masuk kawasan parking... Dan setelah menjejakkan kaki ke ruang JPO tu... Baru la hati berkata wow..ramainya orang..banyaknya kedai..kedai mana yang tak sale.sebab semua sale belaka.hahaha anakMommy tak membeli apa-apa pun. En.Baba nak tukar bateri jam je kat kedai Swatch.kikiki
Tak sampai sejam pun kitorang kat situ. Sakit hati tak boleh nak beli. Bajet takde.kuikuikui maybe next time.

Gambar akan diupload kemudian..harap maaf.. ::wink::





Isnin, 21 Disember 2015

AES di lebuhraya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera

Siapa pernah kena saman AES ni??? Anakmommy pernah.hahaha sedang memandu dengan kelajuan 130km/h di lebuhraya Utara Selatan pukul 1pagi.agaknya la.dah terlupa....tiba-tiba....flash!!! Erk! Terkedu sekejap.hihi itulah pengalaman pertama dan terakhir kena saman AES.

Kenapa terakhir kena saman..sebab anakMommy akan berhati-hati bila sampai kawasan hitam tu...kawasan yang anakMommy maksudkan adalah sebelum exit Slim River ke Utara (menghala ke Penang) jika memandu dari Kuala Lumpur...bila nampak papan tanda SLIM RIVER 5km..lepas tu ada tulis zon operasi kamera hadlaju..ha disitulah terletaknya kotak bermata satu...huhu ngeri kot bila nampak duit terbang melayang-layang..

Sekarang ni bila lalu situ memang kitorang memandu perlahan je..takde la perlahan sangat.100km/h juga.. Selalu tengok kereta lain kena ambil gambar.hihi

Ini je la kawasan yang anakMommy tau sebab kitorang selalu guna highway dari Tanjung Malim-Sungkai. Tempat lain anakMommy taktau.. Kalau ada sesiapa yang tau..boleh la share di komen..


Isnin, 2 November 2015

Langit membiru

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Em...bestnya..setelah sekian lama jerebu bertandang....sebulan lebih tu langit mendung je..

Matahari muncul lg...
Sekarang ni bila drive dah kena pakai sunglass.yahoo..best sangat..syukur alhamdulillah...

Sekarang ni jerebu dah hilang..hujan setiap petang...

(^,^)

Rabu, 21 Oktober 2015

Ww aktiviti jerebu

Indoor game...
Aktiviti anak beranak bila cuti jerebu...

Isnin, 12 Oktober 2015

Makan Angin di Kuala Lumpur (Part 1)

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Tadaaa.......kami sekeluarga pergi keyel....hihi macam luarbiasa sangat kan...setakat pergi keyel tu...3jam je dari Manjung ni.....tapi ini lain...kami pergi kL naik ETS....dah lama nak naik ETS ni....tahun 2015 ni bekesempatan nak naik.....

kami naik dari Batu Gajah...ini je stesen keretapi yang terdekat dengan Manjung...tiket tu pula kami beli seminggu sebelumnya...kononnya nak celebrate besday Dini la 2hb8 tu..bila pergi nak beli tiket di stesen keretapi Batu Gajah, tiket dah sold out...so kami pun beli la untuk minggu depan tu....

ramai la jugak orang naik di Batu Gajah ni..pada tiket kami tulis pukul 8.26 pagi di stesen Batu Gajah..tren sampai pukul 8.30pagi.lewat 3minit.hihi tak kisah la....asalkan dapat naik tren...anakmami ambil 2seat je...pergi ambil 2seat..balik pun 2seat juga...untuk myDini n myAisy takde seat.duduk je kitorang bersesak-sesak kat seat tu..hehe anggaran masa dari Batu Gajah ke Kuala Lumpur mengambil masa 2jam10minit...







myDini tu jangan cakap la..sepanjang perjalanan potpetpotpet tak berhenti...aduhai....ini apa..itu apa..kenapa macam tu..kenapa bukan macam tu...rasanya dalam gerabak tu dengar suara dia je...

2jam 20minit lebih kurang barulah kitorang sampai ke KL Sentral....dah sampai tu...terus cari kedai makan..lapar sangat.....

dengan tak ada hala tuju...kitorang jalan-jalan dalam KL Sentral..tiba-tiba ternampak ada eskalator tinggi...rasanya dulu 7tahun lepas tak ada pun...rupa-rupanya ada NU Sentral sebelah KL Sentral..pernah la dengar iklan NU Sentral ni..dalam TV, kat iklan blog pun pernah muncul jugak..tapi tak ambil kisah pun...besar jugak NU sentral ni..tapi rasanya Midvalley lagi besar kot...dah puas jalan-jalan dalam bangunan kitorang pun keluar dari KL Sentral..tengok ada bas 2tingkat yang cantik..bukan bas ekspress tau..

bersambung...

kL Hop On Hop Off (sambungan dari entry makan angin di KL)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

ada KLhopONhopOFF..bas 2tingkat yang sebelum ni anakMommy terpegun je tengok orang lain naik..
kitorang naik bas 2tingkat ni...bas macam kat London tu..bas ni 2tingkat dan ada 2bahagian.tingkat bawah ada penghawa dingin.tingkat atas pula ada yang ber'aircond' ada yang open air.tapi cuaca kat negara tercinta ni panas..anakMommy banyak habiskan masa kat dalam je..en.Baba dan cikDini banyak la menghabiskan masa di open air.

harga tiket bas ni RM19 seorang..budak bawah 5tahun percuma...anakMommy naik depan KL Sentral...tunggu je kat tiang yang ada tulis hopON hopOFF.tapi rasa macam tak yakin juga..anakMommy tanya encik polis yang jaga trafik kat depan KL Sentral tu.encik polis tu kata tunggu je kat situ..nanti bas datang.setiap 30minit..tiket beli kat dalam bas je.

pukul 3.30petang bas sampai...yeay....bermula la perjalanan sebagai pelancong dengan menaiki bas.di setiap hentian, bas tu tak berhenti lama pun.ambil dan menurunkan penumpang je.yang bestnya KLhopONhopOFF ni, dengan tiket beharga RM19 tu..korang boleh naik dan turun bas dimana-mana hentian bas ni.ada 20++..tak ingat la berapa hentian sebenarnya.flyer tu dah hilang.hihi tiket ni pulak valid 24jam.best kan...contohnya...korang boleh turun area jalan TAR shoping-shoping, pastu bleh naik bas 2tingkat ni semula.dah tak payah bayar...

tapi memandangkan anakmommy bawa baby, anak kecil dan stroller, tak kuasa la pula nak angkut naik turun bas....duduk je dalam bas tu...sampai la ke hentian KL Sentral semula.hikhik 2jam juga tau pusing satu KL ni...Dini dan Aisy siap tidur lagi dalam bas...

5.30 kitorang sampai KL Sentral...masuk dalam NU Sentral semula..cari kedai makan.tren balik Batu Gajah pukul  8 malam....

begitu la percutian kami sekeluarga di keyel...menghabiskan masa seharian di KL..KL Sentral actually...hihi
layankan gambar kami....tapi kebanyakan gambar en.Baba dan cikDini..








entry sebelumnya: Makan Angin di Kuala Lumpur (Part 1)

ha..sebelum terlupa..kami parking kereta dalam kawasan stesen Batu Gajah..dari pukul 7.30pagi hingga 10.30 malam..harga parking RM6.35. Ini harga maksimum untuk sehari..ok la kan...

Rabu, 7 Oktober 2015

#wW Amali pendawaian 1fasa

Jumaat, 11 September 2015

Hotel Best di Pulau Pinang a.k.a Penang

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Yeay!!!orang Penang mai Penang.....huhu perasaan tu lain macam tau...

short getaway family...ke Penang...pergi ke pulau..selalunya lalu Penang je sebab nak pergi Sungai Petani. tak pernah lagi seumur hidup anakMommy tidur di pulau..hihi

Percutian 2hari 1malam ke Penang...yang paling penting adalah tempat tidur.bila dah ada anak ni...haruslah hotel yang ada swimming pool..en.Baba pulak nak yang ada pantai...hm...setelah google..tripadvisor..trivago..agoda dan seumpama dengannya....anakMommy pilih FOUR POINTS BY SHERATON PENANG. ni laman web http://www.fourpointspenang.com/

 
anakMommy booking by phone call.mudah, cepat dan murah sikit dari trivago.hanya tempah, bayar masa check in nanti. anakMommy sampai ke hotel lebih kurang pukul 5.30petang. dah nampak hotelnya dari tepi jalan.alamak.................tak ada parking..cemana ni....kitorang dah bebel-bebel dah.hm...kecewa la jugak.tapi tak apa la.yang penting kita check in dulu..turun kat lobi, valet ambil kereta. carikan parking. kitorang pun bawa barang-barang semua turun kereta.em nasib baik service valet percuma. best jugak ada valet ni..tinggal je kereta kat lobi.diorang uruskan semua.hehe terasa diri begitu berharga.hahahaha tapi..tapi..kalau apa-apa jadi kat kereta..contohnya calar ke...hm pandai-pandai la...

masuk je lobi...wow!!pantai belakang tu je..turun tangga lobi, dah sampai tepi pantai...syok ooo...kat pangkor pun susah nak cari hotel yang betul-betul tepi pantai..swimming pool harus lah ada...tapi Cik Dini tak tau lagi...hihi

Masuk je bilik, wow...bilik suites menghadap laut....anakMommy booking bilik deluxe je.tapi pihak hotel upgrade sebab bilik deluxe penuh.alhamdulillah..rezeki anak beranak yang pertama kali nak tidur di Pulau Pinang. Bilik sangat kemas, bersih, dan anakMommy sangat puas hati. dengan harga bilik RM268 termasuk tax dan juga breakfast untuk 3orang. Perkhidmatan yang diberi adalah terbaik.




anakMommy recommend this Four Points by Sheraton Penang to all who wants to stay in Penang.




Rabu, 9 September 2015

Ww Meroti Malam Hari #RSL

Rabu, 2 September 2015

Ww manjungjerebulagi

Khamis, 20 Ogos 2015

anak teruna turn 7months

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

7 bulan dah anak teruna beta ni....
oh my...kerja makin bertambah....kenapa?nak kena buat bubur untuk si comel la....anakMommy ni 'rajin'..huhu

bila hari kerja relax sikit...sebabnya pengasuh yang sediakan...pengasuh dah siap masak bubur untuk Aisy...ambil pukul 5..Aisy dah kekenyangan..mana taknya..3 kali makan bubur.so, bila dah balik rumah,takde la anakMommy bagi makan lagi.

hari sabtu baru anakMommy masak bubur...setakat ini, menunya nasi+brokoli+carrot+ikan bilis yang diblend halus...menu ni sama je untuk Ahad..dan 2minggu lepas.erk!!hihi
nasib la Aisy tak pandai cakap lagi..hahaha nanti mami try buat menu lain ye sayang....




Shaklee Rindu Kita....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

hm....nampak tak??Shaklee hantar mesej...hihi

anakMommy mula mengambil produk Shaklee sebagai pelengkap zat makanan selepas melahirkan Aisy..anakMommy ambil satu Set Bersalin....lengkap semua kecuali Alfafa..anakMommy rasa tak perlu..dah tak ada bajet sebenarnya.kuikuikui

pengalaman guna Set Bersalin Shaklee ni....em...tak tau la...lain orang..lain la penerimaan badan.apa yang anakMommy rasa..rasa bertenaga...tak penat...selesa...tapi bukan anakMommy nak kata sebab set ini yang buatkan anakMommy jadi macam tu...mungkin juga disebabkan anak kedua, jadi anakMommy dah tau cara untuk menguruskan diri, anak dan keluarga dengan betul.

lepas dah habis makan Set Bersalin tu, anakMommy teruskan mengambil ESP.. sebab ESP ni membantu banyakkan susu ibu. Alhamdulillah....selalunya anakMommy beli ESP dari kawan. dia jual harga ahli je, jadi tak ada la anakMOmmy guna ID sendiri.nak pergi beli sendiri di Seri Iskandar semata-mata untuk satu tong ESP tak berbaloi la pula. Hm..sekarang ni Shaklee dah rindu pula.. nak kena pergi cawangan Shaklee la nanti..hihi

Rabu, 19 Ogos 2015

Selamat Hari Raya

29 Syawal 1436


WW Mari Mendawai

Isnin, 17 Ogos 2015

Apa itu CPUV, CPC

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Kebanyakan blog mesti ada letak iklan nuffnang...termasuklah blog anakMommy...disamping sajer nak letak..boleh la nak dapat duit poket sikit...setelah 2tahun berblog..baru dapat RM50.++..ok la kan..hehe sebelum ni dapat dari iklan CPC je..tapi baru-baru ni dapat dari CPUV pulak...alhamdulillah..semakin semangat anakMommy nak merapu dalam blog..

apa yang dimaksudkan dengan CPC dan CPUV tu..korang boleh la baca kat bawah ni...

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.

Advertisers select blogs for CPUV campaigns based on several criteria such as a blog's target audience, blogging genre and influence. For example, a cosmetics company would be more likely to select a fashion and beauty blog with female readers to advertise on.
Bloggers with Glitterati status are also prioritised higher during the selection. How?
Making sure your ads are optimally placed, updating your blogger profile and survey will increase the chances of advertisers noticing your blog and therefore increasing the chances of your blog being chosen for CPUV Campaigns.


CPC (Cost-per-click) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
CPC campaigns are perks that every nuffnanger gets to enjoy. Whether you blog about tech or about food, CPC ads will generate you earnings as long as your readers click on your ads. Check on your Click-Through-Ratio to check on how well your ads are performing.

sumber: http://www.nuffnang.com.my/

u.s.a.h.a.t.a.n.g.g.a.k.e.j.a.y.a.a.n

Jumaat, 14 Ogos 2015

alkisah....CPUV.....

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...

ehem..ehem..anakMommy ada CPUV.......hakhak...macam tak percaya je.....
terima kasih nuffnang....

dah lama rupanya CPUV ni bertamu di blog anakMommy...dari bulan Jun kot..hihi pagi tadi baru tau.itu pun sebab tergerak hati nak buka nuffnang...kalau tak bukak mesti taktau...
bestnya...bestnya..hahaha...
ada 8 kesemuanya...tiga masih ongoing.....alhamdulillah..syukur ya Allah....

gembiranya hidup....hikhik

Jumaat, 3 Julai 2015

Hola everybody.....

Hai kawan-kawan mommy....raya nanti Aisy dah boleh makan....

Rabu, 10 Jun 2015

Majlis kawen

Anak sedara sulung dah kawen....

Rabu, 3 Jun 2015

MyAisy dah meniarap

Yeay.... MyAisy dah 4bulan...dah boleh meniarap..alhamdulillah...
Cepatnya kamu membesar sayang....mmuah!!!luv u..and ur sister also...

Isnin, 1 Jun 2015

Minyak oh minyak....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

harini dah 1 Jun...harga minyak dah  jadi RM2.05 sen seliter...
semalam 31 Mei..harga minyak seliter RM1.95...
Kenaikan 10 sen je...ala...10sen je..itu pun nak kecoh..jumpa sepuluh sen a.k.a sekupang tepi jalan, mesti buat tak nampak je...

Ala..sepuluh sen je...sakit hati betul baca komen/status tentang 10sen ni...geram betul..ingat sekali isi minyak kereta tu seliter je ke?ngokngek betul...eiiiiiiiiiiiiiiiiiii

semalam anakMommy isi minyak kereta..kereta proton je..kereta murah je....RM68.25 sen bersamaan 35 liter...dengan harga RM1.95sen seliter...kalau harini anakMommy isi dengan jumlah liter yang sama..harganya akan jadi RM71.75... beza harga semalam dan harini dah jadi RM3.50... korang rasa sikit ke banyak kenaikan 10sen tu?nilaikan la sendiri...

Ada juga orang kata..beriye isi minyak kereta sepenuh-penuhnya sebelum harga naik..macam la boleh tahan sampai sebulan...orang yang tak kisah dengan nilai duit je yang cakap macam ni..ataupun diorang jeles tak sempat/taktau harga minyak naik..kekekeke
bagi anakMommy...dengan berpusu-pusu isi minyak kereta sebelum harga minyak naik itu menguntungkan..apa salahnya...walaupun tak boleh bertahan selama sebulan..tapi ada juga penjimatan disitu..macam-macam boleh beli dengan RM3.50 tu...

thank you baba ingatkan mummy isi minyak kereta...kalau tak mesti dah rugi RM3.50 sen...

bulan Mei aritu harga minyak tak naik sebab ada pilihanraya kecil...betul ke?erm......

solutionnya..macam orang bijak pandai cakap..tak payah pakai kereta..naik je pengangkutan awam...guna je motor...beli kereta hybrid....tak payah beli kereta besar..ada cadangan lain???

Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Hm ni tahun ke 7 anakmommy bergelar cikgu...banyak cerita suka dan duka...student pun bersilih ganti...yang dah kahwin pun ada...huhu terasa tua pulak...hihi

Hari guru tahun lepas pak menteri kata nak bagi notebook...seronok wei...dapat notebook free..asyik guna sendirian berhad punya je sampai kena format berkali2 meanwhile orang keja ofis ada komputer sorang satu..boleh la cikgu2 nak buat kertas kerja...buat soalan latihan untuk pelajar...buat laporan...key in markah...adjust markah.eh...hihi

Tapiiiiiiiiiii....

Sampai hari guru tahun 2015 ni...bayang notebook pun tak ada...huhu den tertipu...diberi harapan palsu...ke atau ada syarat2 yang anakmommy taktau..kekeke tahun ni nak kena fahamkan betul2 terma dan syarat yang pak menteri katakan...ada apa2 hadiah untuk cikgu ke pak menteri??

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar pendidik..tidak kira apa pekerjaan anda..

Selasa, 12 Mei 2015

My First Nuffnang

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Yeay.....my very first cheque nuffnang......
Hasil anakMommy berblogging blogwalking klik-klik iklan selama 2tahun....hihi ok la walaupun amaunnya sekadar boleh cash out je...

thank you so much Nuffnang..thank you..thank you..... i Love you..muahciked..kekekeke
tak lupa juga kepada rakan blogger yang sentiasa menjengah ke blog anakMommy ni....thank you so much...anakMommy akan menjejak anda kembali...

setakat ni belum ada rezeki nak dapat CPUV-BE banyak-banyak macam blog yang lain tu...bukan setakat sikit BE tapi satu pun anakMommy tak pernah dapat lagi...huhu bilakah masa itu akan tiba.....

Almari LAZADA

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera....

ta da..............ini lah hasilnya....lambatnya nak update pasal almari ni..hihi cerita bulan lepas kot....


pasang sendiri....2jam pasang almari ni..melecet tangan anakMommy tau...hm...
beli di LAZADA...saja anakMommy nak cari almari murah-murah..harga almari ni RM58..sekali shipping total RM73.nak isi baju kerja anakMommy yang dah melimpah-limpah...huhu...

so far ok la dengan harga..material plastik...waterproof...tapi tak boleh la isi kain sepenuh-penuh rak..melendut la jugak rak tu..roboh kang tak pasal je kena bebel dengan En.Baba....frame untuk almari ni besi...ala..besi yang ringan tu..penyambung plastik..tapi tahan lasak la..mudah-mudahan tahan lama almari ni..

hm bila la nak dapat duit berkoyan-koyan ni....nak buat built-in wardrobe....haritu tanya RM7000 jenis L-shape tinggi standard...erk.tercekik jap..

Sumber:Google

Isnin, 11 Mei 2015

Puasa.....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera....

hm..pejam celik pejam celik...dah penghujung Rejab..lepas ni bulan Syaaban pastu bulan Ramadan....

dah tak lama lagi bulan Ramadan...rasa macam baru lagi je raya...eh..apa kaitan...hihi
pagi tadi dapat gambar dari kawan-kawan wA...katanya 38 hari lagi untuk masuk bulan Ramadan..
terkejut la jugak..huhu puasa pun tak habis ganti lagi...29hari tu..hampir sebulan tak puasa...gara-gara morning sickness..ni ada lagi beberapa hari untuk dihabiskan....chaiyok..chaiyok...



Isnin, 13 April 2015

GA:Contest Buy AVON Online

Dear ladies adik manisssssss semua!! Jom join giveaway kami!!

Caranya???
1) Share post ini
2) Follow blog http://avononlinemalaysia.blogspot.com. (kanan blog)
3) Follow Google +1 kami juga ya! (kanan blog)
5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10
Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??
Simple Contest For Great Gift =)
GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!
Selamat mencuba!!!
http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html
Klik banner ni untuk join....

Diari Mangkuk Tingkat Bersama ili

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Rancangan baru di Astro..hos/chef ili yang menarik, ceria dan enjoy..kalau tak percaya, korang boleh cuba tengok. di astro MAYA HD ch 135..


Sekarang ni entah la dah episod berapa. mungkin dah 6 episod kot...tapi anakMommy baru tengok 3 episod...best jugak la rancangan DMTili ni...masak sempoi je...dan ada banyak tips berguna dalam pemilihan bahan masakan..

Tips pilih udang..pilih cheese..pilih whipping cream...dan banyak lagi la..anakMommy rasa nak buat entry la pasal tips-tips dari iLi ni..boleh share dengan pembaca blog dan juga untuk simpanan sendiri...


ili akan masak beberapa masakan dan kemudian masukkan dalam mangkuk tingkat, jamu selebriti yang terpilih..setakat anakMommy pernah tengok dan tertengok ada artis seperti Nabila Huda, Izzue Islam, Nana Mahazan dan Nad Zainal..
setakat ni komen semua sedap la..anakMommy pun nak cuba buat jugak la..




Isnin, 6 April 2015

Servis LAZADA terbaik!

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...

hm...siapa yang taktau LAZADA....??shopping online di Malaysia....

anakMommy ada beli satu barang di LAZADA...servis yang sangat bagus...
1hb4 anakMommy beli...isi borang..dan tadaaaaaa.....3hb4 dah sampai depan rumah..

Pertama kali beli dengan LAZADA..rasanya boleh beli lagi ni..tidak mengecewakan..

inilah barangnya yang anakMommy beli...
Apakah didalamnya...???Tungguuuuu

Khamis, 2 April 2015

Hujan dan kenangan manis

Assalamualaikum...
Salam sejahtera....

alhamdulillah...hujan lebat membasahai bumi Manjung sejak dari pukul 10pagi tanggal 2 April...adakah hujan ini sama-sama menangisi nasib rakyat marhaen yang terpaksa rela menerima GST???hehehe nak buat macam mana..dah nak kena jugak..bukan boleh nak elak..cuma elak dari kena tipu sudah la....yang tak boleh claim tu..kita claim kat akhirat esok..huhu pulak...

hm..best hujan-hujan ni..tarik selimut..krohh..krohh..kroh... tapi anakmami tak mengantuk la pulak..walaupun myAisy tu dah bagi grenn light "tidur la mami, Aisy pun tidur ni" kehkehkeh...

Hujan di Manjung
teringat zaman sekolah menengah..masa kat kampung..arwah mak ada lagi...hujan lebat gini la jugak...tengah boring-boring tak ada apa nak buat.sorang-sorang pulak tu...cakap kat mak.."mak..nak mandi hujan" hihi kenangan betul... mak kata "pergi la..tapi mandi kat belakang rumah.malu ja orang tengok" anakmami pun bermain la hujan..olalalala.... berdiri bawah bumbung zink yang air deras tu..perh...sakit kepala menahan air..tapi best..hahaha

zaman sekolah rendah dulu...masa hujan la jugak jadi rajin nak tolong bukak pintu pagar rumah...sebab apa..nak main hujan...

masa U pun pernah jugak tau..main hujan depan hostel..hahaha

dah jadi bini dan mak orang ni tak pernah buat lagi...malu kat anak-anak..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...