Pengikut

Rabu, 30 April 2014

Anak ke-28

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

anakMommy baru dapat anak sedara ke-27 termasuk anak sendiri jadi 28 la bulan lepas...entry baru nak buat minggu ni.hehe nama baby baru ni...  
NUR AMANINA BINTI MOHD KUSAIRI 
ramai kan anak sedara anakMommy..bayangkan nak bagi duit raya...uhuhu

risau pulak nak letak gambar baby kat entry..takut kena "Penyakit Ain". Pernah dengar tak? anakMommy pun taktau jugak sebenarnya..tapi kawan yang bagitau..ni hasil yang anakMommy dapat dari google berkenaan dengan Penyakit Ain ni.

Penyakit Ain
mengandung/mempunyai anak adalah satu nikmat bagi setiap pasangan yg berkahwin...namun begitu, kita jgn lupa bahawa nikmat yg kita perolehi tu boleh menjadi satu UJIAN ALLAH buat kita...jgn riak, jgn takbur dgn segala nikmat kurniaan Allah...

>apakah yg dimaksudkan dgn penyakit 'ain???
secara umumnya, penyakit 'ain bererti PENYAKIT HATI yg blh menyebabkn kehancuran/hilangnya nikmat pada diri kita...penyakit ni timbul dari pandangan mata sesorang terhadap nikmat2 yg kita punya, sehingga pandangan tersebut akan menyebabkn hancur/hilang/ditarik balik barang2 yg kita miliki...



>siapa yg berpotensi terkena 'ain???
1) anak dara tua
2) bayi (dlm entry ni nk focus kat yg ni)
3) cacat di bahagian muka/bahagian yg ternampak
4) terlalu tampan/jelita
5) haiwan
6) tumbuhan
7) org yg berharta


>'ain pada ibu mengandung
ada yg sehingga blh menyebabkan KEGUGURAN pada org yg hamil...biasanya 'ain ini disalurkan melalui mata, kerana eratnya hubungan tenaga/kekuatan roh itu dgn mata...adakalanya terjadi dgn sentuhan fizikal, dan adakalanya terjadi ketika berhadapan...malah, boleh juga melalui mantera, doa, kata2 dan yg lebih dahsyat lagi melalui dendam/kemarahan org lain...dinasihatkan supaya ibu mengandung lebih berhati-hati menjaga diri dan kandungan supaya tidak terkena penyakit 'ain...

seandainya kita keguguran atau ditimpa musibah sewaktu hamil, tanya lah diri kita dahulu apa silap kita sebenarnya...mungkin kerana cara kita boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/iri hati org lain terhadap kita...

" 'ain itu benar adanya...seandainya ada sesuatu yg boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh 'ain" (riwayat muslim)


>manusia yg berpotensi memberikan 'ain kpd seseorang:
1) org yg suka mengumpat, mencarut, mengeji, meghina
2) org yg suka memuji tp dlm masa yg sama suka mengeji
3) seorang yg pendiam
4) jin yang jahat

" mintalah kalian perlindungan kpd Allah dari 'ain kerana sesungguhnya 'ain itu haq (benar)" (riwayat ibnu majah)

jadi kita jgn anggap 'ain ni kurafat yer...boleh jadi kita ni akan ditimpa musibah sekiranya ada org iri hati/dengki dgn kita hanya dgn pandangan mata/hati mereka sahaja...'ain pada bayi yg baru dilahirkan boleh terjadi walaupun tanpa disengajakan pelakunya...

seandainya kita didatangkan musibah dari Allah, jangan anggap benda tu UJIAN semata-mata...mungkin kita sudah terkena 'ain....nauzubillah~


>tanda2 bayi yg terkena 'ain:
1) tiba2 menangis taknak berhenti (bkn kerana sakit/lapar/dan sebagainya)
2) tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab
3) anak yg nampak kurus seperti tidak berzat


>alternatif mengelakkan anak drpd 'ain:
1) elakkan mendedahkan identiti anak secara keterlaluan...sebaiknya org tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yg dimiliki anaknya kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa iri hati pada org lain...(pernah terbaca kat status FB kawan yg dia taknak dedahkan gambar anak dia yg baru dilahirkan kerana dikhuatiri akan terkena 'ain...tunggu baby dah besar sket baru boleh tunjuk)

2) membaca doa;
"aku berlindung dgn kalimat-kalimat Allah yg sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yg jahat" (riwayat bukhari)

3) sesiapapun jika melihat sesuatu yg baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya, atau yg menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa;

"masyaAllah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah...Ya Allah berikan barakah padanya"

4) jgn terlalu menzahirkan perasaan takjub kepada bayi yg baru dilahirkan...sekiranya bayi itu terlalu comel, bijak, kelakar, dan sebagainya, ucaplah puji-pujian kepada Allah...


>mengubati penyakit 'ain pada bayi:
1) sekiranya kita tahu pelakunya, minta org itu mengambil wudhu'...air wudhu' tu mandikan pada bayi

2) melalui ruqyah
* surah al-fatihah
* ayat qursi
* surah an-nur : 35
* surah al-mulk : 1-4
* surah 4 qul


sumber: http://girlish87.blogspot.com

1 Mei vs 1 Rejab

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
vs

Esok hari Khamis, 1 Mei 2014..cuti Hari Buruh bagi rakyat Malaysia...bersamaan dengan 1 Rejab 1435H.

Jumaat, 18 April 2014

Tips Memilih Pasangan Hidup

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

 Bukan senang nak pilih pasangan hidup...kalau salah pilih, menyesal seumur hidup..sebelum kahwin, pijak semut pun tak mati.
Agaknya kenapa boleh jadi macam tu?hm..sebab 'orang ketiga' (syaitan) tolong top up mana yang terkurang sebelum kahwin tu...sebab banyak haram dari halal. Bila dah kahwin, semua dah jadi halal. Syaitan tak suka. dia taknak tolong dah.

Untuk mereka yang masih solo dan tercari-cari calon.. anakMommy ada kongsi tips memilih calon untuk dijadikan pasangan hidup...

Bagi si lelaki....macam kita dah tau
1. Rupa
2. Harta
3. Keturunan
4. Agama
Lelaki memang suka perempuan cantik. Tidak dapat dinafikan lagi dan cantik ni subjektif pada setiap orang. Setiap orang sangat berbeza pendapat tentang kecantikan. Kenapa agama yang terakhir? Sebab tanggungjawab suami untuk memimpin isteri. Suami adalah ketua keluarga.

Berbeza bagi mencari calon suami, kriterianya terbalik.
1. Agama
2. Keturunan
3. Harta
4. Rupa
Kenapa pilih agama dulu? Sebab suami adalah ketua keluarga.suami akan memimpin keluarga ke jalan yang benar. Bila agama tip top, insyaAllah keluarga akan bahagia. Kekacakan adalah kriteria terakhir sebab bila ada harta, semua akan nampak hensem..betul tak?betul tak?

Suami ketua keluarga. Isteri pengikut setia....

Sumber gambar: hasnulhadiahmad

Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh Maut Kemalangan

Assalamualaikum...
Salam sejahtera....

Terkejut anakMommy dengar berita HotFm pagi tadi.
Salam takziah untuk keluarga mendiang Karpal Singh.

Sumber: Google

Mengikut maklumat yang anakMommy dapat katanya kemalanga tu berlaku di kilometer 301.6, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Utara berhampiran Gua Tempurung pada pukul 0053 17 April 2014.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Alphard (KS9898) dengan sebuah lori 3 tan. Kemalangan ini menyebabkan 2 mangsa meninggal dunia, seorang cedera parah dan 2 orang selamat. Mereka yang terkorban adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh dan pembantu peribadi beliau. Pembantu rumah cedera parah, 2 yang terselamat adalah anak lelaki YB serta pemandu.

Sumber: Google
Sumber: Google



Selasa, 1 April 2014

Welcome April!!!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

WELCOME APRIL!!
SELAMAT DATANG


Sekarang ni dah bulan keempat tahun 2014..ada lagi 8 bulan sebelum tahun 2014 ni berakhir..marilah kita bersama-sama muhasabah diri..
apa yang aku dah buat?
apa yang aku dah capai?
apa yang aku telah kongsikan?
apa yang aku amalkan?
apa....etc??

Menjawab sendiri soalan-soalan tu..tak ada apa pun yang anakMommy telah buat.semua perkara mengikut rutin sejak dari awal tahun. Tiada anjakan..hm niat ada tapi tak terlaksana pun..semoga ada kesempatan untuk anakMommy lakukan segala yang dah direncanakan tu...Amin...

di bawah ni anakMommy kongsikan rahsia kelahiran bulan April yang anakMommy petik dari http://cahayapurnama.com/rahsia-bulan-kelahiran-hasil-kajian-dato-fadhilah-kamsah/. Kalau nak tau selain dari April, boleh la klik cahayapurnama.com

April

# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...