Pengikut

Isnin, 31 Mac 2014

e-Filing

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Siapa yang belum buat e-filing...boleh la mula buat sekarang. Ia boleh mula diisi sekarang sehingga 31 April 2014.. Ada kawan anakMommy yang dah dapat balik cukai terlebih bayar tu..


anakMommy pun dah buat..tak ada dapat balik lebihan terlebih bayar..sebab gaji pun tak sebanyak menteri...huhu pada sesiapa yang nak buat e-Filing ni..boleh la klik link ni


 

INGAT!! Tarikh tutup: 31 APRIL 2014

Khamis, 27 Mac 2014

oh..My Love From the Star

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Do Min-joon is an alien that landed on Earth in the year 1609 during the Joseon Dynasty. As his spaceship is broken, he is stranded on the planet for the next four centuries. He possesses a near-perfect appearance, enhanced physical abilities involving his vision, hearing and speed, and a cynical, jaded view regarding human beings. He meets a young girl whom he saves from death, but later on she gives her life saving him.
As time goes by, Min-joon is forced to take on a new identity every ten years, as his human appearance never ages.
In the present he works as a college professor and finds out that due to a comet coming in three months, he will be able to return to his home planet. In the meantime he accidentally meets famous actress Cheon Song-yi, the biggest Hallyu star in Korea, when she moves in next door to his luxurious apartment and also turns out to be attending his classes at college. Song-yi is an obnoxious, entitled attention seeker, someone who became a top star in her teens and never learned how to live a normal life. Min-joon finds out that Song-yi looks like the young girl he fell in love with in the Joseon era. He tries to keep himself away from her, as he needs to leave the planet.
However, Song-yi gets entangled in the dangerous game of Lee Jae-kyung, the elder brother of Hwi-kyung, who has been her friend since middle school and is in love with her. As Jae-kyung tries to silence Song-yi, Min-joon finds himself saving her multiple times and eventually the neighbours fall for each other. But Jae-kyung turns out to be much more dangerous than Min-joon suspected and he mysteriously also starts to lose control over his superpowers, making his only friend and confidant, Lawyer Jang worried about his life and return to space.

Sumber: Google

 Ntah la macam mana anakMommy boleh layan cerita Korea ni...haha tapi best la.tak menyesal tengok.hehe siapa yang terasa nak tengok selepas baca sinopsis tu boleh la tengok maraton My Love From the Star di OneHD pada 4 & 5 April 2014 jam 6.30 petang...

Disebabkan cerita ni juga la, ada episod Running Man tentang cerita ni..sangat kelakar okey.. Pelakon utama Jae-Kyung, Min-Joon dan Song-Yi

Korang boleh la tengok di Youtube episod 185.
Selamat Menonton!! ^^






Rabu, 26 Mac 2014

bUngA sEmArak

Sumber: Google




Hm..pokok semarak di Manjung dah gondol.tinggal daun dan ranting je..
yang dalam gambar ni di Daerah Kerian, Perak.
Memang sangat cantik. Kalau tengok dari atas flyover baru tu nampak bunga-bungaan je.
rasa mcam dok kat Jepun.huahua

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 dan Mesir

Asslamualaikum....
Salam sejahtera...

Hm..Perdana Menteri Malaysia, DS Najib dah buat Press Conference..Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi..berakhirlah sudah misteri kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 orang penumpang termasuk krew penerbangan.. Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac 2014 dilaporkan hilang dari radar sekitar jam 1 pagi.. Masih ada keluarga mangsa berharap ini bukan pengakhirannya sebab bangkai pesawat masih belum dijumpai.

Sumber gambar: Google
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala yang berlaku... Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat.

"Dari TuhanMu kamu datang, dan kepada Dia lah tempat kembali"

Pada hari yang sama PM mengumumkan pengakhiran MH370, di Mesir seramai 529 penyokong Morsi dijatuhi hukuman mati.... Innalillah... berita ini dipandang sepi. Dunia hanya menutup mata.

Sumber gambar: Google

Promosi Anmum Datang Lagi

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Promosi Anmum kembali lagi...

Untuk keterangan lanjut boleh klik link di bawah
anmum redeem

Anmum selalu buat promosi macam ni...yang penting korang simpan kotak susu dan juga scoop susu tu..amat berguna dimasa akan datang...

p/s: anyone knows about drypers token? dah banyak sangat. Tak pernah redeem lagi ni.

Khamis, 20 Mac 2014

Petua #3: Halau nyamuk

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Petua hari ini..halau nyamuk...

Selain dari menggunakan ubat nyamuk lingkar, ubat nyamuk elektrik, penyembur ubat nyamuk...ada satu cara alternatif...selamat untuk semua perinkat umur..tak menyakitkan hidung dan tanpa bahan kimia...caranya adalah.....

Bahan-bahan:
#1  Limau nipis
#2  Cengkih

Caranya:
1. Potong separuh limau nipis.
2. Ambil cengkih dan cucukkan pada limau nipis tersebut.
3. Siap!!

Gambar: Ihsan Google

Boleh diletakkan dalam bilik, penjuru-penjuru bilik dan di mana yang bersesuaian....

Selamat mencuba.

p/s: ada yang kata lalat pun boleh jugak...tapi yang nyamuk ni kompem la..terbukti.

Selasa, 18 Mac 2014

Delete messages on cbox

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Siapa pernah ada masalah pada cbox? Masalah apa? Masalah banyak mesej yang iklan panjang berjela-jela.sekali hantar tak ingat dunia..sampai 7/8 mesej. Penuh nama dia je kat chat box tu...

anakMommy pun ada masalah tu..nak delete, tapi tak ada butang delete kat situ...alahai..cemane ni..hm anakMommy pun tanya la pakcik google...dan dapat penyelesaiannya....

ta daaaa.....

Step:
#1   Log in akaun cbox
#2   Klik messages pada control panel
#3   Pilih messages
:
:
:
:
dah boleh delete mesej yang taknak tu...

p/s: kalau tau dari dulu..tak payah anakMommy susah-susah delete cbox pastu paste balik..grrr

myDini: Ikan kaloi

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

 myDini dah 2tahun 8bulan...dah banyak sangat cakap...buka je mata...mula la potpetpotpetpotpet...diam masa tidur je.. Alhamdulillah..syukur..bukan apa..ada mak ayah yang risau anak dah masuk 4 tahun.tapi masih tak bercakap-cakap lagi..cuma anakMommy penat la sikit nak layan myDini sembang..tak habis-habis bercakap..

anakMommy nak kongsikan antara perbualan anakMommy dengan myDini...

#Situasi: Dalam kereta perjalanan balik ke rumah..

anakMommy: Dini anak sape?
(kompem akan jawab anak mami.dah selalu sangat jawab macam ni)
myDini: anak ikan kaloi
anakMommy: Ha? Anak ikan kaloi?
myDini: ha'ah la.Dini anak ikan kaloi..
(sejak bila pulak budak ni tengok cerita bawang putih bawang merah ni? tak pernah la pulak anakMommy bacakan buku cerita pasal ikan kaloi)
anakMommy: ok la.ok la.anak ikan kaloi (walaupun konfius sebenarnya ni)
anakMommy: mami nama apa?
myDini: Jihan
anakMommy: baba nama apa?
MyDini: ikan kaloi (kamarul)
anakMommy: oo...ikan kaloi tu kamarul ke....hahaha dini..dini..apa-apa je lah dini oi....

Isnin, 17 Mac 2014

Baru kahwin 2 bulan tapi....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera....

Isnin
17/03/2014
0735

Rutin biasa..on the way hantar myDini dan ke tempat kerja...sejalan je...sambil memandu, layan la hot.fm..frekuensi 90.5 kat Seri Manjung ni...
Topik apa ntah..anakMommy tak ingat la..tapi ada satu pemanggil ni..nama "IMAN"..dia kata sejak 2-3 hari ni suami dia pujuk..mintak izin nak kawen satu lagi..gulp.pergh.....perkara yang tak diingini semua wanita bergelar isteri....betol tak...ish macam mana boleh jadi macam ni?bila si Farah, AG dengan Fizi tanya dah kawen berapa tahun...tau IMAN ni jawab ape..

"baru 2 bulan"

oh my...terkedu sekejap anakMommy...speechless....oh my..oh my..DJ bertiga tu pun taktau nak respon apa..

IMAN ni kata suaminya memang dah berniat nak poligami...

ada siapa tahu kesudahan cerita ni?dapat tak diorang ni telefon suami IMAN yang bernama ADNAN tu?anakMommy tak sempat dengar sampai habis...dah sampai tempat kerja....

sabar la IMAN...

Jumaat, 7 Mac 2014

Gosip HS & Mr.R

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Oh my...oh my....kes sekarang yang tengah hangat..Hanez Suraya dan Romie serta Liyana Manan
HS, Mr.R & LM...
Kes suami rela dirampas orang lain...

Hm.....tak tahu la nak cakap apa..tak ada kaitan dengan kita..tapi sebagai pembaca blog gosip, banyak la jugak ceriteranya...lagipun cerita pasal artis, orang politik, orang sukan and etc ni..semua orang tahu.yang taktahu boleh google...kalau cerita pasal kawan sekelas...rakan sekerja...siapa yang kenal kan...hehehe

LM kata diorang kenal dah 8bulan...
HS & Mr.R kata baru kenal 3bulan...

Dari pemerhatian amatur anakmommy ni...kalau jadi orang terkenal ni memang kena pandai menipu kan...mula-mula HS kata lelaki dalam gambar kat pantai tu peminat je...then tiba-tiba jadi kekasih..pastu cakap kekasih tu duda...tiba-tiba masih suami orang pulak...ha...Ya Allah...dosa berpanjangan...dikira tipu semua orang la kan...ish..ish...

di FB pun dah ada page "Kami Sokong Liyana Manan"..tapi anakmommy tak join lagi..kat ofis ni tak boleh access FB..

macam-macam dunia sekarang ni....agaknya ni la tanda-tanda dah nak akhir zaman...suami tidak bertanggungjawab...orang bersalah dipandang tinggi..orang benar dicaci dimaki...benda baik semua nampak buruk...

sebagai seorang isteri kepada orang kaya....ambil la kesempatan yang ada...penuhkan la akaun-akaun bank dengan duit suami anda..jadi bekalan kalau suami meninggal..suami kena ubat guna-guna...suami rela dirampas jadi apa-apa...KALAU ok....kalau tak, dah susah nak bina hidup baru...nak kena mula dari awal...nak tuntut nafkah mahu berlarutan bertahun-tahun..atleast ada la something yang kita dapat selain dari makan hati berulam jantung..
#pandangan peribadi anakMommy

Semoga yang terbaik untuk mereka bertiga...sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...sesungguhnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..begitu juga sebaliknya...
Be strong Liyana Manan..kalau masih boleh diselamatkan, pertahankan la...berdoa la banyak-banyak..mungkin ada kesilapan dimana-mana.
Romie..jadi la suami dan ayah yang bertanggungjawab,pelindung kepada isteri serta anak-anak..
Hanez Suraya...semoga bahagia dunia dan akhirat..


 Sumber gambar: beautifulnara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...