Pengikut

Sabtu, 29 Oktober 2016

Cuci mesin basuh

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Baru-baru ni muncul di wall facebook anakmommy tentang cuci mesin basuh...
Hm sejak beli tahun 2010 tak pernah cuci. Serius..tak pernah! Bila terbaca, anakmommy pun pergi la tenung mesin basuh tu. Memang ada pilihan untuk cuci.. Tulis situ "tub cleaning". Tapi tak pernah guna pun. Tak tau pun fungsi tu sampai la anakmommy terbaca kat wall facebook tahun 2016... Kikiki...tak pernah buat 'maintenance' mesin basuh unless rosak. Alhamdulillah...tak pernah rosak lagi.

Jadi, anakmommy ambil inisiatif untuk cuci buat pertama kalinya dengan tekan butang "tub cleaning". Sangat senang. On je mesin basuh, pilih fungsi "tub cleaning". Tunggu sejam+++ siap!! Nampak la ade sedikit kotoran.. Tak ada la kotor sangat..mungkin sebelum tu anakmommy dah cuci filter kot..

Di samping itu, anakmommy ada google juga tentang cuci mesin basuh ni. Rupa-rupanya dari dulu lagi 4/5 tahun lepas orang dah buat. Tapi anakmommy baru tau. Hebat betul kuasa viral kan..
Hasil dari bacaan anakmommy di blog, rata-rata guna pencuci dari cosway. Pagi tadi anakmommy pergi ke cosway nak beli pencuci drum mesin basuh tu. Harga sekotak ada 2pek, RM10++. Sekali cuci guna 1pek. Ikut je arahan yang ada pada pek tu.

Anakmommy sedang cuci kali kedua guna pencuci dari cosway ni.. Setakat ni tengok...........kotornya air dlm mesin basuh tu...!!! Nanti anakmommy update gambar...

Update: kotor macam lemak daging yang timbul masa kita rebus daging


Khamis, 20 Oktober 2016

apa itu KV

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

KV? Apa tu?

KV adalah Kolej Vokasional iaitu sekolah vokasional/teknik yang telah dinaik taraf menjadi Kolej. Hampir 90% buah sekolah dinaiktaraf menjadi kolej manakala yang selebihnya masih status sekolah teknik.

KV menjalankan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 1 dan 2 pengajian manakala Diploma Vokasional Malaysia (DVM)  untuk tahun 3 dan 4. Objektif utama KV adalah melahirkan tenaga kerja yang mahir. Fahami betul-betul..."melahirkan tenaga kerja".

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan. Antaranya ialahTeknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik seperti yang ditawarkan di KV Seri Manjung.

Pada masa kini, KV dalam proses mendapatkan MQA iaitu bagi membolehkan graduan dari KV melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta memohon sebarang jawatan yang memerlukan pengesahan status MQA.

Sesungguhnya setiap KV berhempas-pulas memastikan KV masing-masing memperoleh pengakreditasian penuh oleh MQA.

Selasa, 18 Oktober 2016

Tahukah anda.... Road Tax kenderaan....

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera...


road tax ataupun cukai jalan yang dipamerkan pada bahagian hadapan cermin kenderaan. Anda tahu?

Bagaimanakah cara anda menampal pada cermin tersebut?

a) koyak dan terus tampal pada cermin
b) koyak, tampal pada plastik jernih(atau plastik yang mmg tersedia jual untuk roadtax)
c) bawa roadtax tersebut pergi ke kedai tinted?

Selalunya anakMommy akan buat cara b.
Kalau buat cara a, susah untuk ditanggalkan bila nak tampal roadtax baru.

Cara c anakMommy baru tau. Kita boleh bawa je roadtax tu ke kedai tinted. cakap kat dia nak tinted roadtax. kemudian, dia akan 'tinted'kan roadtax tu. Dan kita hanya perlu tampal roadtax pada cermin. Ya!....amat mudah dan paling penting, tak perlu keluar sesen pun. Free aje.. Korang taknak? Kalau taktau, sekarang dah tau..selamat mencuba.. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...