Assalamualaikum...
Salam sejahtera
Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha
Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat.
Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
sebab tu di sekolah, diselitkan dengan pendidikan jasmani, pendidikan Islam/Moral, perhimpunan dan sebagainya. Untuk memperkembangkan lagi potensi diri pelajar. Tidak lah hanya bertumpu kepada belajar tanpa ada unsur-unsur lain.
Sama juga di sekolah aM yang aM mengajar... ada dilaksanakan minggu sukan. Seronok tengok pelajar bergembira dengan bersukan, bersorak, membantah keputusan pengadil, membuat bising. Masih ada jiwa dalam diri mereka. Tidak lah diprogram seperti robot.
Tapi menjadi masalah bila suruh belajar taknak, sukan pun taknak...hm.......
Salam sejahtera
Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha
Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat.
Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Sama juga di sekolah aM yang aM mengajar... ada dilaksanakan minggu sukan. Seronok tengok pelajar bergembira dengan bersukan, bersorak, membantah keputusan pengadil, membuat bising. Masih ada jiwa dalam diri mereka. Tidak lah diprogram seperti robot.
Tapi menjadi masalah bila suruh belajar taknak, sukan pun taknak...hm.......
Salam, saja jalan jalan blog kawan2 lama.. keep in touch ya :)
BalasPadam