Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan di Zoo Taiping



Assalamualaikum..
Salam sejahtera...


Semalam, Ahad kami sekeluarga pergi ke Zoo Taiping.. saja nak bawa anak dara ni jejakkan kaki ke Zoo... anakMommy pun dah lama tak pergi zoo.. kali terakhir pergi tu 15 tahun lepas..hm lama kan... rasanya  kalau tak ada lagi memang anakMommy tak jejak zoo lagi kot.huhu bukan my jiwa dengan nature. Layan gitu-gitu je..   





All of us
Sampai zoo pukul 11 tengahari.. bayar harga tiket RM32 untuk 2 dewasa.. myDini percuma.. myAisy ofcourse percuma jugak.. masuk je dalam zoo tu kitorang terus beratur menunggu giliran naik tren. Masa sampai tu tak ramai orang pun...5minit je tunggu nak naik tren.

Best jugak naik tren tour dalam zoo. Pemandu tren akan berkomunikasi dengan penumpang. Bagitau haiwan yang ada di kiri dan kanan kita sepanjang perjalanan tu.. lepas dah round dengan tren.. dia akan turunkan kita dihentian terakhir iaitu tempat gajah.. lepas turun tren, kami jalan kaki pulak.tengok haiwan lebih lama dan lebih dekat. tapi anakdara anakMommy ni tak minat sangat pun.. suruh cepat-cepat tolak stroller...hm... sama macam mami dia jugak rupanya..hehehe

ada la beberapa keping gambar semasa dalam zoo..anakMommy ni jarang nak ambil gambar.hehehe
.
Zirafah di sana
bila dah tour satu zoo ni..hm tak nampak la pulak horse.. lembu kambing ayam kerbau kucing anjing memang tak tinggal dalam zoo ye?
Gajah di kejauhan
ada satu cerita lagi..

masa tengok gajah tu anakMommy cakap la gini...
"nanti bila Aisy dah besar sikit..kita gi Krabi pulak. boleh naik gajah"
tau apa myDini cakap....
"taknak la..Dini dah besar nanti jadi princess, naik horse..bukan naik gajah"
erk..!!

Ulasan

  1. Balasan
    1. =) sama la...anakmami pun baru jejakkan kaki setelah 15tahun tak pergi

      Padam
  2. sy xpernah masuk zoo... teringin.. tapi xda teman.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius tak pernah pergi?hehe cuba la pergi..mana tau kena dengan jiwa...

      Padam
  3. Salam..saya pergi hari Isnin..ni kali ke-3 Murni pergi..dulu ms baru kawen thn 2008 haiwan banyak..lps tu pergi tahun 2012 haiwan makin kurang.. mggu lps ni pergi lagi kurang..orang hutan & rumah ular dah takda..banyak kandang terbiar..monyet liar je makin banyak...tiket pun makin mahal..tp takpe laa asalkan anak2 seronok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wlam...
      pernah ada orang utan la jugak ye?ingatkan boleh tengok kat sabah je...
      semua pun demi anak je..pasni anakmami tak pergi dah kot..tunggu yang baby ni 4tahun..hehehe

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih =)

Catatan popular daripada blog ini

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b