Pengikut

Selasa, 10 Mei 2016

Kedai burger best di Manjung

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Ada yang tak pernah makan burger??? Ish, macam musykil je kalau tak pernah makan.
Zaman sekolah dulu burger singgit je..tapi daging tu dia belah dua.hm...nak tambah sos blackpepper, tambah lagi 30sen.

sekarang ni burger dah meleleh-leleh.. segala macam mak nenek ada dalam tu...sos cili, mayonis, sos blackpepper, mustard, cheese, etc....

kalau korang mencari gerai burger di Manjung ni..burger paling sedap pada tekak anakMommy adalah.....

1. Wak Burger - gerai burger ni depan Bank Muamalat Manjung. Sedap dan murah. Dalam burger tu ditabur kacang... korang pernah makan burger ada kacang? tak pernah kan.. ni lah keunikan Wak burger ni.. Slurppp kecur air liur.. anakMommy ni hantu kacang. sebut kacang pun dah telan air liur..beroperasi setiap hari selepas Maghrib. Pukul 8suku confirm dah meniaga.

2. Nice burger - deret kedai makan depan Taman Manjung Point Seksyen 1. Ini macam-macam jenis rencah dia taruk. Sedap. Marvellous.

3. .....tak ingat nama kedai - depan kedai Vape dan kedai mamak Nana Tanjung. Sedap jugak.

4. .....tak ingat nama kedai jugak..minta maaf - dekat stesen bas Manjung. Depan bengkel kereta bertentang dengan JPN manjung.

hm...kepada sesiapa yang mencari -cari kedai burger best dan sedap, boleh la cari dan cuba kedai yang anakMommy rekomen tu.hihi kalau rasa tak sedap tu, anakMommy minta ampun.. tekak anakMommy yang kata sedap sangat.

ada pembaca dari Manjung??korang setuju tak dengan senarai gerai burger tu?





2 ulasan:

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...