Langkau ke kandungan utama

Percutian 4 hari 3 malam ke JB

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Percutian hujung tahun....JB!!!!
Anakmommy plan percutian ni dari bulan 3. Booking hotel je pun. Nak jalan-jalan tu belum survey lagi.. Yang penting ada penginapan.... Hasil google..anakMommy pun booking KSL Hotel&Resorts yang terletak di bandar JB. Bilik Superior triple.. Family dah besar kan..hihi

Masa 9 bulan yang ada..anakMommy mula kumpul duit..dan tanya kawan-kawan yang pernah ke JB tentang tempat menarik yang ada disana.. At the end..tada...Ni tentatif anakMommy semasa di sana.

Hari pertama: perjalanan dan Kilang Bateri
Hari kedua: Hello Kitty World
Hari Ketiga: Legoland Waterpark, Istana Serene
Hari keempat: JPO dan perjalanan balik

Kilang bateri
Pernah terbaca di blog tentang tempat ni.. Kilang bateri yang dah tutup jadi tempat makan-makan dan menjual pelbagai jenis barangan seperti baju, buku, novel, tudung, pakaian kanak-kanak etc.. kitorang dinner disini je. Banyak jenis makanan jual.. Nasi briyani, lempeng, churos, chicken chop, bihun sup, nasi bubur, masakan panas dan macam-macam lagi lah.

Kalau korang datang sini.. Jangan parking kat dalam. Parking je kat luar. Kat tepi-tepi jalan tu. Kalau parking kat dalam.. Kena bayar RM10. Macam kitorang kena.hihi


Hello Kitty World
Inilah tujuan utama anakMommy ke Johor. Sebab nak datang sini la. Dari tahun lepas lagi nak datang. Tapi Dini macam kecil sangat lagi. Rugi pulak..
Comel je Hello Kitty kan. Tiket masuk sini.. RM68 seorang. Sama je harga dewasa dan kanak-kanak. Harga ni dapat kalau beli tiket dengan menunjukkan myKad. AnakMommy rasa beli walk-in dengan myKad lagi berbaloi dari beli online. Cuba korang try.
Macam-macam aktiviti ada disini. Masa anakMommy pergi tu.. Kitorang deco cookies, buat manik, button badge dan selamatkan Hello Kitty. Best jugak la. Dan pada masa-masa tertentu akan ada show. Macam sing along, parade dan take photo. tak terasa berada 5jam disitu.
Selain dari Hello Kitty ni, ada juga thomas&friends dan apa ntah lagi. Tak ingat. Harga tiket kombo kesemua tempat ni RM100 kalau beli dengan myKad.

Legoland Waterpark
Pada mulanya macam tak nak pergi.. Tapi rasa rugi la pulak.. Ntah bila nak datang Johor lagi.. So kitorang pergi jugak la ke sini.
Harga tiket RM100 dewasa. Kanak-kanak RM89 (rasanya la.terlupa). Baby bawah 2thun RM11 caj untuk 2keping diapers. Setiap tiket dewasa dan kanak-kanak dapat kupon makan RM10.
Makanan luar tak boleh bawa ok. Diorang akan tanya. Kalau nasib tak baik, dia akan check. Macam anakMommy yang sangat bernasib baik. Kitorang berjaya bawa masuk bubur, burger, roti, air. Melampau kan.hihi
Masa pergi ni musim hujan dan berangin..sejuk oooo... Mengikut kata staf disitu, kalau ada guruh, kilat, tempat main akan ditutup. Tapi bila keadaan kembali normal, boleh la main macam biasa.
Di waterpark, ada disediakan cabana untuk disewa. Kalau sewa pagi RM300. Pukul 2 keatas RM180. AnakMommy sewa sebuah cabana senang untuk menyusukan baby. Lagipun hari hujan kan. Basah beg nanti. Berbaloi juga sewa cabana ni. Kita dapat 4botol air mineral, 2 coke,2ice lemon heaven on earth, 2sprite, 2towel. kalau tau dapat semua-semua ni.tak payah la angkut towel dengan berbotol-botol air.grrr geram dengan diri sendiri. Pukul 1tengahari sampai tutup legoland waterpark ni kitorang layan. Hehe

Istana Serene
Datang sini sebab nak tengok replika mahkota... Wuuuuuu sangat cantik.tapi dalam kamera hp tak cantik sangat. Hp murah.hihi selain dari replika mahkota, ada fountain warna warni. Tapi takde muzik macam kat Sabah tu. Kebanyakan mereka datang sini lepak-lepak tengok anak berlari-lari. Ramai juga pelancong maxam anakMommy ni. Datang nak bergambar dengan replika mahkota yang besar tu..dengan ambil gambar depan pagar istana.


Johor Premium Outlet (JPO)
Tarikan terbaru di Johor. Banyak barang berjenama dijual disini. Tengok dari luar macam takde orang je. Kedai pun tak nampak. Bila dah masuk kawasan parking... Dan setelah menjejakkan kaki ke ruang JPO tu... Baru la hati berkata wow..ramainya orang..banyaknya kedai..kedai mana yang tak sale.sebab semua sale belaka.hahaha anakMommy tak membeli apa-apa pun. En.Baba nak tukar bateri jam je kat kedai Swatch.kikiki
Tak sampai sejam pun kitorang kat situ. Sakit hati tak boleh nak beli. Bajet takde.kuikuikui maybe next time.

Gambar akan diupload kemudian..harap maaf.. ::wink::





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nak Pasang Wallpaper...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Ada rakan-rakan blogger yang pasang wallpaper di rumah? Anakmommy ada survey jugak wallpaper. Boleh tahan mahal jugak kan. Area Manjung ni..harga dalam lingkungan RM650-RM750 segulung sekali dengan kos upah. Kalau dah beli wallpaper, upah pasang RM150-RM200 segulung. Ni harga untuk Korea Wallpaper la. Kalau wallpaper yang kecik sikit...taktau la harganya. Hm...so tertangguh la niat nak pasang wallpaper. Nak kena simpan duit dulu... Tapi....ada jugak wallpaper yang murah. Yang menjadi buah mulut sekarang wallpaper KAISON. AnakMommy ada gak tengok-tengok di KAISON AEON Seri Manjung. Ada 2 jenis.. yang murah RM19.90 wallpaper siap dengan sticker.. yang mahal sikit RM55.90..corak timbul-timbul.. AnakMommy ada beli 2gulung yang murah. Senang dah ada sticker. Wallpaper nak try tampal kat dalam bilik. Tapi dah 2minggu tak bertampal lagi.. En.Baba cakap nak kena beli berus gosok wallpaper la...nak kena ada pisau khas la..ape mende ntah lagi...macam-...

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b...

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat...