Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2015

kL Hop On Hop Off (sambungan dari entry makan angin di KL)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

ada KLhopONhopOFF..bas 2tingkat yang sebelum ni anakMommy terpegun je tengok orang lain naik..
kitorang naik bas 2tingkat ni...bas macam kat London tu..bas ni 2tingkat dan ada 2bahagian.tingkat bawah ada penghawa dingin.tingkat atas pula ada yang ber'aircond' ada yang open air.tapi cuaca kat negara tercinta ni panas..anakMommy banyak habiskan masa kat dalam je..en.Baba dan cikDini banyak la menghabiskan masa di open air.

harga tiket bas ni RM19 seorang..budak bawah 5tahun percuma...anakMommy naik depan KL Sentral...tunggu je kat tiang yang ada tulis hopON hopOFF.tapi rasa macam tak yakin juga..anakMommy tanya encik polis yang jaga trafik kat depan KL Sentral tu.encik polis tu kata tunggu je kat situ..nanti bas datang.setiap 30minit..tiket beli kat dalam bas je.

pukul 3.30petang bas sampai...yeay....bermula la perjalanan sebagai pelancong dengan menaiki bas.di setiap hentian, bas tu tak berhenti lama pun.ambil dan menurunkan penumpang je.yang bestnya KLhopONhopOFF ni, dengan tiket beharga RM19 tu..korang boleh naik dan turun bas dimana-mana hentian bas ni.ada 20++..tak ingat la berapa hentian sebenarnya.flyer tu dah hilang.hihi tiket ni pulak valid 24jam.best kan...contohnya...korang boleh turun area jalan TAR shoping-shoping, pastu bleh naik bas 2tingkat ni semula.dah tak payah bayar...

tapi memandangkan anakmommy bawa baby, anak kecil dan stroller, tak kuasa la pula nak angkut naik turun bas....duduk je dalam bas tu...sampai la ke hentian KL Sentral semula.hikhik 2jam juga tau pusing satu KL ni...Dini dan Aisy siap tidur lagi dalam bas...

5.30 kitorang sampai KL Sentral...masuk dalam NU Sentral semula..cari kedai makan.tren balik Batu Gajah pukul  8 malam....

begitu la percutian kami sekeluarga di keyel...menghabiskan masa seharian di KL..KL Sentral actually...hihi
layankan gambar kami....tapi kebanyakan gambar en.Baba dan cikDini..








entry sebelumnya: Makan Angin di Kuala Lumpur (Part 1)

ha..sebelum terlupa..kami parking kereta dalam kawasan stesen Batu Gajah..dari pukul 7.30pagi hingga 10.30 malam..harga parking RM6.35. Ini harga maksimum untuk sehari..ok la kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...