Pengikut

Selasa, 25 November 2014

Consume set bersalin

Assalamualaikum..
Salam sejahtera....

Cepat betul masa berlalu. Sekarang ni dah 30weeks. Lebih kurang 10minggu je lagi untuk ada baby baru.. insyaAllah...doakan yang terbaik ye..

AnakMommy dah mula buat senarai barang keperluan. Untuk baby dan juga untuk anakMommy sendiri... En. Baba kata tunggu bulan 12 baru shopping barang baby..

Sekarang ni anakMommy tengah survey set bersalin.. Banyak betul set bersalin di pasaran... Dah rambang mata jadinya.. mengikut pengalaman yang lepas.. Cik Dini tu kena jaundis selama sebulan. Langsung tak boleh makan jamu atau apa-apa yang panas.. dah tu anakMommy pulak malas nak bancuh segala menda ramuan-ramuan tu..pilis la...apa ntah lagi... Kiranya set bersalin yang anakMommy beli masa tu tak berbaloi dan efektif pun... So this time, anakMommy dah tau dah apa yang anakMommy nak...simple dan bukan jamu...

untuk set bersalin, anakMommy plan nak ambik Set Bersalin Anugerah normal. harga RM199. Harap-harap boleh la cari yang diskaun...hehe kenapa anakMommy pilih yang ni? Sebab bila baca review dan tanya orang yang jual....penggunaan yang mudah. Tak perlu bancuh-bancuh.. Berasaskan minyak, losyen je. Pil pun tak ada. jadi untuk dalaman anakMommy ingat nak try Shaklee. Set berpantang basic..harga RM249 kot kalau tak salah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...