Pengikut

Jumaat, 18 April 2014

Tips Memilih Pasangan Hidup

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

 Bukan senang nak pilih pasangan hidup...kalau salah pilih, menyesal seumur hidup..sebelum kahwin, pijak semut pun tak mati.
Agaknya kenapa boleh jadi macam tu?hm..sebab 'orang ketiga' (syaitan) tolong top up mana yang terkurang sebelum kahwin tu...sebab banyak haram dari halal. Bila dah kahwin, semua dah jadi halal. Syaitan tak suka. dia taknak tolong dah.

Untuk mereka yang masih solo dan tercari-cari calon.. anakMommy ada kongsi tips memilih calon untuk dijadikan pasangan hidup...

Bagi si lelaki....macam kita dah tau
1. Rupa
2. Harta
3. Keturunan
4. Agama
Lelaki memang suka perempuan cantik. Tidak dapat dinafikan lagi dan cantik ni subjektif pada setiap orang. Setiap orang sangat berbeza pendapat tentang kecantikan. Kenapa agama yang terakhir? Sebab tanggungjawab suami untuk memimpin isteri. Suami adalah ketua keluarga.

Berbeza bagi mencari calon suami, kriterianya terbalik.
1. Agama
2. Keturunan
3. Harta
4. Rupa
Kenapa pilih agama dulu? Sebab suami adalah ketua keluarga.suami akan memimpin keluarga ke jalan yang benar. Bila agama tip top, insyaAllah keluarga akan bahagia. Kekacakan adalah kriteria terakhir sebab bila ada harta, semua akan nampak hensem..betul tak?betul tak?

Suami ketua keluarga. Isteri pengikut setia....

Sumber gambar: hasnulhadiahmad

1 ulasan:

  1. Sesuai sangat entry nie... Aniq pun tengah mencari nie.. hehe :D

    BalasPadam

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...