Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

e-Filing

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Siapa yang belum buat e-filing...boleh la mula buat sekarang. Ia boleh mula diisi sekarang sehingga 31 April 2014.. Ada kawan anakMommy yang dah dapat balik cukai terlebih bayar tu.. anakMommy pun dah buat..tak ada dapat balik lebihan terlebih bayar..sebab gaji pun tak sebanyak menteri...huhu pada sesiapa yang nak buat e-Filing ni..boleh la klik link ni https://e.hasil.gov.my/   INGAT!! Tarikh tutup: 31 APRIL 2014

MH370 dan Mesir

Asslamualaikum.... Salam sejahtera... Hm..Perdana Menteri Malaysia, DS Najib dah buat Press Conference..Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi..berakhirlah sudah misteri kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 orang penumpang termasuk krew penerbangan.. Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac 2014 dilaporkan hilang dari radar sekitar jam 1 pagi.. Masih ada keluarga mangsa berharap ini bukan pengakhirannya sebab bangkai pesawat masih belum dijumpai. Sumber gambar: Google Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala yang berlaku... Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat. "Dari TuhanMu kamu datang, dan kepada Dia lah tempat kembali" Pada hari yang sama PM mengumumkan pengakhiran MH370, di Mesir seramai 529 penyokong Morsi dijatuhi hukuman mati.... Innalillah... berita ini dipandang sepi. Dunia hanya menutup mata. Sumber gambar: Google

Promosi Anmum Datang Lagi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Promosi Anmum kembali lagi... Untuk keterangan lanjut boleh klik link di bawah anmum redeem Anmum selalu buat promosi macam ni...yang penting korang simpan kotak susu dan juga scoop susu tu..amat berguna dimasa akan datang... p/s: anyone knows about drypers token? dah banyak sangat. Tak pernah redeem lagi ni.

Petua #3: Halau nyamuk

Assalamualaikum.. Salam sejahtera... Petua hari ini..halau nyamuk... Selain dari menggunakan ubat nyamuk lingkar, ubat nyamuk elektrik, penyembur ubat nyamuk...ada satu cara alternatif...selamat untuk semua perinkat umur..tak menyakitkan hidung dan tanpa bahan kimia...caranya adalah..... Bahan-bahan: #1  Limau nipis #2  Cengkih Caranya: 1. Potong separuh limau nipis. 2. Ambil cengkih dan cucukkan pada limau nipis tersebut. 3. Siap!! Gambar: Ihsan Google Boleh diletakkan dalam bilik, penjuru-penjuru bilik dan di mana yang bersesuaian.... Selamat mencuba. p/s: ada yang kata lalat pun boleh jugak...tapi yang nyamuk ni kompem la..terbukti.

Delete messages on cbox

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Siapa pernah ada masalah pada cbox? Masalah apa? Masalah banyak mesej yang iklan panjang berjela-jela.sekali hantar tak ingat dunia..sampai 7/8 mesej. Penuh nama dia je kat chat box tu... anakMommy pun ada masalah tu..nak delete, tapi tak ada butang delete kat situ...alahai..cemane ni..hm anakMommy pun tanya la pakcik google...dan dapat penyelesaiannya.... ta daaaa..... Step: #1   Log in akaun cbox #2   Klik messages pada control panel #3   Pilih messages : : : : dah boleh delete mesej yang taknak tu... p/s: kalau tau dari dulu..tak payah anakMommy susah-susah delete cbox pastu paste balik..grrr

myDini: Ikan kaloi

Assalamualaikum... Salam sejahtera..  myDini dah 2tahun 8bulan...dah banyak sangat cakap...buka je mata...mula la potpetpotpetpotpet...diam masa tidur je.. Alhamdulillah..syukur..bukan apa..ada mak ayah yang risau anak dah masuk 4 tahun.tapi masih tak bercakap-cakap lagi..cuma anakMommy penat la sikit nak layan myDini sembang..tak habis-habis bercakap.. anakMommy nak kongsikan antara perbualan anakMommy dengan myDini... #Situasi: Dalam kereta perjalanan balik ke rumah.. anakMommy: Dini anak sape? (kompem akan jawab anak mami.dah selalu sangat jawab macam ni) myDini: anak ikan kaloi anakMommy: Ha? Anak ikan kaloi? myDini: ha'ah la.Dini anak ikan kaloi.. (sejak bila pulak budak ni tengok cerita bawang putih bawang merah ni? tak pernah la pulak anakMommy bacakan buku cerita pasal ikan kaloi) anakMommy: ok la.ok la.anak ikan kaloi (walaupun konfius sebenarnya ni) anakMommy: mami nama apa? myDini: Jihan anakMommy: baba nama apa? MyDini: ikan kaloi (kamarul) anakMommy...

Baru kahwin 2 bulan tapi....

Assalamualaikum... Salam sejahtera.... Isnin 17/03/2014 0735 Rutin biasa..on the way hantar myDini dan ke tempat kerja... sejalan je ...sambil memandu, layan la hot.fm..frekuensi 90.5 kat Seri Manjung ni... Topik apa ntah..anakMommy tak ingat la..tapi ada satu pemanggil ni..nama "IMAN"..dia kata sejak 2-3 hari ni suami dia pujuk..mintak izin nak kawen satu lagi..gulp.pergh.....perkara yang tak diingini semua wanita bergelar isteri....betol tak...ish macam mana boleh jadi macam ni?bila si Farah, AG dengan Fizi tanya dah kawen berapa tahun...tau IMAN ni jawab ape.. "baru 2 bulan" oh my...terkedu sekejap anakMommy...speechless....oh my..oh my..DJ bertiga tu pun taktau nak respon apa.. IMAN ni kata suaminya memang dah berniat nak poligami... ada siapa tahu kesudahan cerita ni?dapat tak diorang ni telefon suami IMAN yang bernama ADNAN tu?anakMommy tak sempat dengar sampai habis...dah sampai tempat kerja.... sabar la IMAN...

Gosip HS & Mr.R

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Oh my...oh my....kes sekarang yang tengah hangat.. Hanez Suraya dan Romie serta Liyana Manan HS, Mr.R & LM... Kes suami rela dirampas orang lain... Hm.....tak tahu la nak cakap apa..tak ada kaitan dengan kita..tapi sebagai pembaca blog gosip, banyak la jugak ceriteranya...lagipun cerita pasal artis, orang politik, orang sukan and etc ni..semua orang tahu.yang taktahu boleh google...kalau cerita pasal kawan sekelas...rakan sekerja...siapa yang kenal kan...hehehe LM kata diorang kenal dah 8bulan... HS & Mr.R kata baru kenal 3bulan... Dari pemerhatian amatur anakmommy ni...kalau jadi orang terkenal ni memang kena pandai menipu kan...mula-mula HS kata lelaki dalam gambar kat pantai tu peminat je...then tiba-tiba jadi kekasih..pastu cakap kekasih tu duda...tiba-tiba masih suami orang pulak...ha...Ya Allah...dosa berpanjangan...dikira tipu semua orang la kan...ish..ish... di FB pun dah ada page "Kami Sokong Liyana Manan"....