Langkau ke kandungan utama

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...

Bersambung tentang visa kena reject

bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020

mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject

Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan.

dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia

dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan.

Apa yang aM sediakan adalah seperti:

1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap
2. Mukasurat biodata pasport
3. ETA yang kena reject
4. Statement and itinerary
5. Family contact in Australia
6. Senarai ahli yang turut serta
7. ETA anak yang dah lepas
8.Bukti kerja di Malaysia
   - EA/EC form <-cukai tahunan
   - Slip gaji
   - Surat majikan
9. Penyata bank (ang masuk gaji)


Perkara 2-9 aM buat dalam word kemudian savekan dalam format pdf. Perkara 1 tu memang dalam pdf dah. aM edit disitu je..

Tak susah pun nak buat rayuan ni.cuma leceh nak cari dokumen.

Penyata bank tu aM screenshot je dari online..

Statement dan itinerary macam ni kitorang buat


Bila dah siap, emelkan ke etakl@dfat.gov.au
hantar 1 emel untuk 1 permohonan. Fail mestilah tidak lebih dari 5MB dan pada tajuk emel, tuliskan no.pasport. Kita akan menerima satu emel dari pihak Aussie selepas kita hantar permohonan. Tempoh proses adalah 2minggu.

bila kita emel, jangan lupa tulis tajuk (nama, no.pasport,negara)
attach file yang berkaitan,
karang la sikit ayat dekat bawah tu. aM tulis gini

Since kami lakibini kena reject, aM compilekan permohonan dalam 1 emel je.nasib la diorang faham.alhamdulillah

Jadi selepas 15hari menunggu, kami dapat emel. Visa Granted!!! yes!Yes!


Ulasan

  1. Assalamualaikum kak nak tnye. Sye punya statement and itinerary lain dari yg lain. Maksudnya sye tak buat mcm word gitu. Sye tulis terus dlm emel. Tpi just letak no passport. Dah 15hari tuggu still no email. Fly perth 31july ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba emel semula ke etakl@dfat.gov.au
      tanyakan balik tentang status permohonan awak.dan tanya juga ada apa-apa dokumen tambahan yang diorang nak.
      alamak..tinggal 3hari je lagi.semoga dimudahkan semua urusan

      Padam
    2. Alamak kak. Nak emel dia mcm mana ya? Sbb sye mmg dpt auto emel last two weeks after emel dia

      Padam
    3. awak reply semula dekat emel yang sama awak hantar appeal tu.
      akak buat mcm tu,esoknya terus dapat emel visa granted

      Padam
    4. Hari sabtu dia boleh reply ahad ke? Hmmm risau laa. Sye dah emel balik pagi tadi. Dah dpt auto email lagi. Sye email aritu 12July. Dah masuk harini 15day. Risau

      Padam
    5. Tak pasti tentang tu..Takpe, tunggu je emel dari embassy.Tawakal.
      auto emel memang akan dapat setiap kali kita emel diorang.
      check la semua emel yang ada, kot tersesat masuk emel lain =)

      Padam
    6. Pukul berapa ya akak dpt email tu? Thank you info.

      Padam
    7. Maksud akak reply balik emel yg kita dah emel tu. Nak reply apaa ya?

      Padam
    8. 17/7 4.15pm tanya status
      19/7 2.20pm dpt grant

      2hari jugak la...

      Padam
    9. Dua hari eh. Akak tanya status yg mcm mana ya? Ni pelik sgt sye punya ni. Geram plak sye rasa. Aduhai.

      Padam
    10. emel yg sama kita send appeal, akak tanya tentang status sebab dah tempoh 2 minggu.lepas tu tanya jugak kot ada tambahan yang dia nak..
      emel yang sama tau.bukan send emel subject baru kat dia..

      Padam
    11. Akk boleh ws, sye. Sye nk ss kt akk betul tak 0182631811

      Padam
  2. hi boleh sy pm akak personal x?

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera. Saya dah apply dengan satu keluarga, tapi semua refusal. Boleh saya tahu dokumen ETA Additional Form tu apa ya? Lepas tu semua document ni upload satu satu ke atau semua sekali? Ketiga, kena buat pembayaran baru ka?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih =)