Langkau ke kandungan utama

Banjir @my MIL's house

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Oh my....oh my..oh my....umah MIL kat Temerloh tu kena banjir.......
Air mula masuk Sabtu (27/12/14)..petang tu jugak bekalan elektrik diputuskan...nasib la MIL tak duduk situ..dia saja balik dengan SIL nak tengok keadaan rumah dan banjir je...tengah kemas apa-apa yang patut..air dah naik sedikit demi sedikit...wah...ayat...hehehe so, diorang apalagi..terus siap-siap balik ke Klang la..masa ni LPT area Temerloh dah dinaiki air..diorang balik ikut jalan belakang..anakMommy taktau jalan belakang tu lalu mana...huhu

Lepastu update dari sepupu En.Baba yang memang tinggal di Temerloh, rumah my MIL dah tenggelam paras dada...macam tak percaya je...Taman Seri Semantan tenggelam paras dada...en.Baba kata ni adalah pertama kali seumur hidup dia 34tahun, air masuk rumah..setakat ni sipi-sipi je..sampai garaj depan...hm...

Minggu lepas, ari Jumaat (2/1/15) my MIL dan SIL balik kampung..kemas rumah...kompem air naik paras dada dengan merujuk kesan yang ada pada dinding..habis tenggelam semua...peti ais, tv, mesin basuh, kabinet tv, kerusi..pendek kata semua yang ada ditingkat bawah la.sebab masa balik haritu diorang takde pindahkan barang.mungkin tak sangka banjir akan jadi seteruk ni kot...dan mana larat tenaga wanita nak angkut semua tu naik ke tingkat atas...taktau la berapa hari rumah tu tenggelam...

Kitorang pun taktau la bila nak balik Temerloh. tengok rumah pasca banjir..dengan anakMommy tengah sarat 36minggu ni..tak berani nak gerak jauh-jauh sangat..raya kot baru balik Temerloh tu....uh..lambatnya...

Sorry..tak ada gambar nak letak.tak sampai hati nak mintak SIL ambilkan gambar rumah berkeadaan macam tu..

Ulasan

  1. Semoga tabah mengahadapi dugaan allah ini.

    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih =)

Catatan popular daripada blog ini

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b