Langkau ke kandungan utama

Psikologi Kewangan

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Anakmommy ada game psikologi nak kongsi dengan korang semua...tentang perangai.. anakMommy terjumpa secara tak langsung dalam folder kepada folder kepada folder lain dalam laptop ni..tengok tarikh save tu tahun 2009..lama giler tak kemaskini laptop ni.hehe
Sumber asal dari mana anakMommy ambil pun tak dapat dikenalpasti.

Objektifnya: Mengenalpasti perangai kita/kawan-kawan kita.

Caranya:


Anda diminta untuk menanam sebatang pokok kelapa a.k.a pokok nyoq a.k.a pokok nyiur.
Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat-tempatnya ialah :

1. Di tepi sungai 2. Di halaman rumah 3. Di tepi/tengah padang 4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

AnakMommy pilih no..........tuttt hehe segan nak bagitau..
Cuba korang fikir betul-betul...bayangkan nak tanam kat mana.....

.
.
.
.
.
.
.

Jawapan:



Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang-kadang seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu-ragu akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan-kawan dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sejauhmana kebenarannya anakMommy tak tau la. Cuba korang tanya dekat kawan-kawan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nak Pasang Wallpaper...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Ada rakan-rakan blogger yang pasang wallpaper di rumah? Anakmommy ada survey jugak wallpaper. Boleh tahan mahal jugak kan. Area Manjung ni..harga dalam lingkungan RM650-RM750 segulung sekali dengan kos upah. Kalau dah beli wallpaper, upah pasang RM150-RM200 segulung. Ni harga untuk Korea Wallpaper la. Kalau wallpaper yang kecik sikit...taktau la harganya. Hm...so tertangguh la niat nak pasang wallpaper. Nak kena simpan duit dulu... Tapi....ada jugak wallpaper yang murah. Yang menjadi buah mulut sekarang wallpaper KAISON. AnakMommy ada gak tengok-tengok di KAISON AEON Seri Manjung. Ada 2 jenis.. yang murah RM19.90 wallpaper siap dengan sticker.. yang mahal sikit RM55.90..corak timbul-timbul.. AnakMommy ada beli 2gulung yang murah. Senang dah ada sticker. Wallpaper nak try tampal kat dalam bilik. Tapi dah 2minggu tak bertampal lagi.. En.Baba cakap nak kena beli berus gosok wallpaper la...nak kena ada pisau khas la..ape mende ntah lagi...macam-...

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b...

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat...