Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Pembubaran Parlimen

 
 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara.

Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian.
Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Hadir sama ketika pengumuman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Dalam pengumumannya, Najib berkata, beliau sudah menghadap awal pagi tadi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen ke-12.


Kredit: www.bharian.com.my
            TV3
            Youtube


Sapa yang dengar kat tv tadi? Best tak? Dari sumber mulut ke mulut katanya best dengar pembubaran parlimen..macam nak tunggu pengisytiharan penyimpan mohor besar diraja nak umum raya.hehe anakMommy tak dapat dengar sebab tengah kerja. Kat opis ni tak ada TV..(sedih kan)

so anakMommy just surf kat youtube je..dapat la cari video yang anakMommy letak kat atas entry tu...tapi macam salah dengar je...anakMommy macam dengar PM sebut 3 April 2012..cube korang dengar plak...

p/s: tak sabar pulak nak mengundi untuk kali pertama ni..hehe

9 ulasan:

  1. selamat berkempen untuk semua

    BalasPadam
  2. baru tau klo di Malaysia parlemen bisa dibubarkan oleh PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...PM yang akan bubarkan parlimen =)

      Padam
  3. jom mengundi.. tp bila? hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...taktau la..banyak sangat desas desus ni...

      Padam

terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...