Langkau ke kandungan utama

Anak ke-28

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

anakMommy baru dapat anak sedara ke-27 termasuk anak sendiri jadi 28 la bulan lepas...entry baru nak buat minggu ni.hehe nama baby baru ni...  
NUR AMANINA BINTI MOHD KUSAIRI 
ramai kan anak sedara anakMommy..bayangkan nak bagi duit raya...uhuhu

risau pulak nak letak gambar baby kat entry..takut kena "Penyakit Ain". Pernah dengar tak? anakMommy pun taktau jugak sebenarnya..tapi kawan yang bagitau..ni hasil yang anakMommy dapat dari google berkenaan dengan Penyakit Ain ni.

Penyakit Ain
mengandung/mempunyai anak adalah satu nikmat bagi setiap pasangan yg berkahwin...namun begitu, kita jgn lupa bahawa nikmat yg kita perolehi tu boleh menjadi satu UJIAN ALLAH buat kita...jgn riak, jgn takbur dgn segala nikmat kurniaan Allah...

>apakah yg dimaksudkan dgn penyakit 'ain???
secara umumnya, penyakit 'ain bererti PENYAKIT HATI yg blh menyebabkn kehancuran/hilangnya nikmat pada diri kita...penyakit ni timbul dari pandangan mata sesorang terhadap nikmat2 yg kita punya, sehingga pandangan tersebut akan menyebabkn hancur/hilang/ditarik balik barang2 yg kita miliki...



>siapa yg berpotensi terkena 'ain???
1) anak dara tua
2) bayi (dlm entry ni nk focus kat yg ni)
3) cacat di bahagian muka/bahagian yg ternampak
4) terlalu tampan/jelita
5) haiwan
6) tumbuhan
7) org yg berharta


>'ain pada ibu mengandung
ada yg sehingga blh menyebabkan KEGUGURAN pada org yg hamil...biasanya 'ain ini disalurkan melalui mata, kerana eratnya hubungan tenaga/kekuatan roh itu dgn mata...adakalanya terjadi dgn sentuhan fizikal, dan adakalanya terjadi ketika berhadapan...malah, boleh juga melalui mantera, doa, kata2 dan yg lebih dahsyat lagi melalui dendam/kemarahan org lain...dinasihatkan supaya ibu mengandung lebih berhati-hati menjaga diri dan kandungan supaya tidak terkena penyakit 'ain...

seandainya kita keguguran atau ditimpa musibah sewaktu hamil, tanya lah diri kita dahulu apa silap kita sebenarnya...mungkin kerana cara kita boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/iri hati org lain terhadap kita...

" 'ain itu benar adanya...seandainya ada sesuatu yg boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh 'ain" (riwayat muslim)


>manusia yg berpotensi memberikan 'ain kpd seseorang:
1) org yg suka mengumpat, mencarut, mengeji, meghina
2) org yg suka memuji tp dlm masa yg sama suka mengeji
3) seorang yg pendiam
4) jin yang jahat

" mintalah kalian perlindungan kpd Allah dari 'ain kerana sesungguhnya 'ain itu haq (benar)" (riwayat ibnu majah)

jadi kita jgn anggap 'ain ni kurafat yer...boleh jadi kita ni akan ditimpa musibah sekiranya ada org iri hati/dengki dgn kita hanya dgn pandangan mata/hati mereka sahaja...'ain pada bayi yg baru dilahirkan boleh terjadi walaupun tanpa disengajakan pelakunya...

seandainya kita didatangkan musibah dari Allah, jangan anggap benda tu UJIAN semata-mata...mungkin kita sudah terkena 'ain....nauzubillah~


>tanda2 bayi yg terkena 'ain:
1) tiba2 menangis taknak berhenti (bkn kerana sakit/lapar/dan sebagainya)
2) tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab
3) anak yg nampak kurus seperti tidak berzat


>alternatif mengelakkan anak drpd 'ain:
1) elakkan mendedahkan identiti anak secara keterlaluan...sebaiknya org tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yg dimiliki anaknya kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa iri hati pada org lain...(pernah terbaca kat status FB kawan yg dia taknak dedahkan gambar anak dia yg baru dilahirkan kerana dikhuatiri akan terkena 'ain...tunggu baby dah besar sket baru boleh tunjuk)

2) membaca doa;
"aku berlindung dgn kalimat-kalimat Allah yg sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yg jahat" (riwayat bukhari)

3) sesiapapun jika melihat sesuatu yg baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya, atau yg menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa;

"masyaAllah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah...Ya Allah berikan barakah padanya"

4) jgn terlalu menzahirkan perasaan takjub kepada bayi yg baru dilahirkan...sekiranya bayi itu terlalu comel, bijak, kelakar, dan sebagainya, ucaplah puji-pujian kepada Allah...


>mengubati penyakit 'ain pada bayi:
1) sekiranya kita tahu pelakunya, minta org itu mengambil wudhu'...air wudhu' tu mandikan pada bayi

2) melalui ruqyah
* surah al-fatihah
* ayat qursi
* surah an-nur : 35
* surah al-mulk : 1-4
* surah 4 qul


sumber: http://girlish87.blogspot.com

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih =)

Catatan popular daripada blog ini

Nak Pasang Wallpaper...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Ada rakan-rakan blogger yang pasang wallpaper di rumah? Anakmommy ada survey jugak wallpaper. Boleh tahan mahal jugak kan. Area Manjung ni..harga dalam lingkungan RM650-RM750 segulung sekali dengan kos upah. Kalau dah beli wallpaper, upah pasang RM150-RM200 segulung. Ni harga untuk Korea Wallpaper la. Kalau wallpaper yang kecik sikit...taktau la harganya. Hm...so tertangguh la niat nak pasang wallpaper. Nak kena simpan duit dulu... Tapi....ada jugak wallpaper yang murah. Yang menjadi buah mulut sekarang wallpaper KAISON. AnakMommy ada gak tengok-tengok di KAISON AEON Seri Manjung. Ada 2 jenis.. yang murah RM19.90 wallpaper siap dengan sticker.. yang mahal sikit RM55.90..corak timbul-timbul.. AnakMommy ada beli 2gulung yang murah. Senang dah ada sticker. Wallpaper nak try tampal kat dalam bilik. Tapi dah 2minggu tak bertampal lagi.. En.Baba cakap nak kena beli berus gosok wallpaper la...nak kena ada pisau khas la..ape mende ntah lagi...macam-

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat