Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ...

Punca rumah terbakar

Assalamualaikum.. Salam sejahtera Rumah terbakar?menakutkan...rumah kakak aM ada yang hampir terbakar kejadian kakak 1: masak di dapur basah. Selepas selesai urusan masak, kakak pun keluar nak pergi kerja..dah kat tempat kerja dah pun. Kemudian jiran telefon bagitau yang dapur terbakar. Allahuakbar!!! Puncanya: api tak betul-betul tutup.masih ada api kecil..kuali jadi over panas dan keluar api. Kesannya: tak teruk sangat, tingkap dapur pecah...tong gas dan dapur masak selamat lagi. Kejadian kakak 2: berlaku litar pintas pada soket penyaman udara dalam bilik. Nasib baik ketika kejadian ada anaknya di rumah. tengok asap keluar dari bilik. Cuba padam sendiri tapi tak berjaya, kemudian diorang telefon bomba. Puncanya: sambungan pada soket tak ketat Kesannya: bilik bau asap untuk suatu tempoh yang lama. Kena cat semula bilik. Kejadian di rumah aM sendiri: Pada suatu pagi jam 6.50pagi hari bekerja/bersekolah, aM dan cikDini ada di tingkat bawah. cikDini tengah breakfast. a...

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat...

Road to Sydney: buat passport dan apply visa tapi kena reject

Assalamualaikum.... Selamat sejahtera =) Lama tak menjengah blog...ni baru ada mood nak menulis....back to the topic "Road to Sydney" hoyehhhhhhhh dah boleh beli tiket flight..kekekekeaM tengah hunting tiket murah bulan 12 ni..setakat ni tak jumpa lagi...we all demand sikit.nak naik MAS.... Kenapakah aM sangat gembira?of course la visa dah granted ::wink::wink:: aM nak cerita pengalaman acah-acah famous "Road to Sydney" kakak aM dapat transfer kerja di Sydney untuk tempoh 2 tahun.2020 dia balik. So, untuk tidak melepaskan peluang penginapan percuma....ngehngehngeh aM pun merancang nak ke bumi kangaroo... Sejak Disember 2018 kami satu keluarga (en.Baba, cikDini, Aisy dan aM) mencuba buat passport. Macam-macam masalah timbul. en.Baba sibuk sangat nak ke Pejabat Imigresen Manjung..bila dah ke Pejabat Imigresen, nak kena ada surat beranak pulak...Pegawai incharge kaunter tu garang pulak huhuhuhu... Lastly kitorang buat passport di RTC Ipoh pada bulan Feb...

Brownies Mudah

Assalamualaikum... Salam sejahtera... anakMommy dah lama teringin nak buat brownies..tapi alasan tak buat sebab tak ada tray...hukhuk alasan sangat kan...hihi Minggu lepas masa jalan-jalan di Tesco.. ternampak kotak brownies...ada tulis FREE BAKING TRAY..erk!!! hm, apa lagi.. terus la beli... Walaupun instant dan sangat mudah membuatnya... tapi en.Baba puji....dia kata sedap...... =) senyum lebar anakMommy dengar....seronok kot orang tersayang puji.... inilah kotak Brownies ajaib tu... jenama nona  gambar hasilnya tak ada....maaf...

Pengalaman Membeli-belah dengan Groupon

Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Groupon...laman sesawang kita boleh tengok segala jenis jualan produk, perkhidmatan, percutian dan macam-macam lagi.. anakMommy selalu jugak menjengah ke Groupon mencari deal Photobook. huhu anakMommy ada terjumpa deal dari photobook menawarkan satu Photobook dengan harga RM0.00. Serius...0ringgit... tanpa membuang masa, anakMommy grab the deal. Macam tipu je tapi betul... korang tengok la photobook yang anakMommy buat ni...haahaha terasa diri sangat kreatif... Rajin-rajin la menjengah ke Groupon ni. Manatau ada deal yang korang tercari-cari ada disini.. ha. satu lagi.. Jika ada sebarang masalah dengan pembelian, terlupa kata laluan, tersalah maklumat emel, hubungi je pihak Groupon. Staff mereka sangat membantu. macam anakMommy haritu. beli deal, tapi salah alamat emel..tunggu confirmation deal, tak dapat-dapat..hubungi Groupon dengan hanya "live chat" masalah selesai..hihi meh layankan photobook anakMommy dapat dengan groupon n...

Safety Stranger

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Semalam di tadika cikDini, beberapa orang staff Klinik Kesihatan Sitiawan datang buat pemeriksaan kesihatan, kutu dan juga pemberian ubat cacing. cikDini kata sedap ubat cacing tu. Manis. cikDini tunjuk pamplet yang diterima...about safety stranger. Bagus juga kandungannya. Tapi entah dia faham ke tak... =) anakMommy kongsikan pamplet ni. Sama-sama kita ingatkan anak-anak tentang keselamatan berada diluar rumah tanpa pengawasan ibubapa.

PTPTN oh PTPTN

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Kisah PTPTN lagi.... Tahun lepas anakMommy dapat surat dari PTPTN mengatakan ada tunggakan RM5k++. tak boleh kalau tak bayar. Nanti nama disenaraihitam. AnakMommy bayar la sikit-sikit setiap bulan...hampir setahun juga anakMommy bayar tunggakan di kaunter. Potongan gaji pun ada juga. Tup tup bulan 12 tahun 2016, tunggakan dari RM5k++ jadi RM90. RM90. RM90. ye.. RM90 je. terkejut anakMommy..bila tanya pegawai kat kaunter PTPTN Giant Seri Manjung tu, dia pun taktau. tapi tunggakan tinggal RM90 je. Bila semak semula, dia kata HQ ada buat pelarasan semula. Semua tunggakan dimasukkan dalam potongan gaji. Jadi, tahun semakin bertambah. Sepatutnya tahun 2023 anakMommy habis bayar, dah jadi tahun 2026. Bayaran bulanan berkurang sikit. anakMommy ok je bila diorang pelarasan semula. tapi kenapa tak inform? hm... anakMommy pun takde mohon untuk buat penjadualan ataupun pelarasan semula. Menimbulkan kekeliruan di situ. Tapi apapun yang penting..hutan...

My 1st Monopod

Assalamualaikum... Salam sejahtera... hehe...kelakar kan....dah lama wujud monopod ni.. tapi anakMommy baru terasa nak beli... cantik tak manapod ni...fungsinya biasa je...tapi bagi anakMommy, terasa sangat hebat. almaklum la..baru nak berjinak-jinak dengan dunia selfie.huhu anakMommy beli masa PC Fair. harga RM8.90 i love you monopod. layankan gambar kami berselfie....

Tabung 52 Minggu

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Jom menabung..anakMommy ada menabung juga.melalui potong gaji dan juga si hijau. pastu tiba-tiba viral pasal menabung 52minggu. anakMommy pun nak cuba jugak. Setiap minggu hari Jumaat akan menabung bermula RM1 untuk minggu pertama, minggu kedua RM2 dan seterusnya. Ini gambar tabung 52minggu..anakMommy dapat pun sumber ihsan dari Pakcik Google. ps: wish me luck dan terus istiqamah.

Spin Mop dari Cosway

Assalamualaikum.. Salam sejahtera... Yes!! Yes!! anakMommy dapat jugak spin mop yang diidam-idamkan..dari awal tahun lagi dah aim tapi tak terbeli jugak. sebab ongkosnya enggak ada.. bila dah ada duit lebihan bercuti, hm..apa lagi, spin mop mula berpusing-pusing dalam fikiran la. mulanya anakMommy ushar Kloken spin mop dari GoShop... tapi macam lambat je nak sampai. hati dah tak sabar-sabar sangat. Nak segera jugak. anakMommy ajak en.Baba pergi ke Tesco Seri Manjung sebab dalam tu ada Cosway. Sama je konsep mop GoShop dengan Cosway ni.. tak perlu perah pakai tangan. Cuma GoShop ada lagi banyak tambahan mop manakala Cosway ada satu mop je. Harga GoShop RM14X, Cosway pulak RM10X. kenapa ada X? anakMommy tak ingat nombor belakang tu...sorry... dengan harga RM10X anakMommy dapat baldi, satu handle mop dan 2mop. Berbaloi jugak rasanya..kalau mop tu dah rosak, anakMommy boleh beli refill di Cosway. yang GoShop tu memang tak ada jual refill. Memang mudah hari anakMommy mop dengan S...

Pengalaman Hebat dengan Zalora

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Zalora? Tak pernah dengar nama Zalora? Biar betul.... Nama gah untuk shopping online...mesti semua tau..tambahan lagi, semua di hujung jari.kita klik-klik aje.hehe anakMommy ada shopping di Zalora. Best kot...huhu lama tak shopping online.. anakMommy mencari kasut.. Banyak sangat pilihan kasut yang ada...sampai rambang mata. sangat mudah untuk shopping. hanya klik je. Pengalaman anakMommy dengan Zalaro adalah, sangat owesome. Puashati. membeli dengan mudah dan cepat sampai ke rumah pulak tu. Tak sampai 24jam, kasut dah sampai depan rumah. Yeay!!! TQ ZALORA....

Wayang Family Friendly@TGV Seri Manjung

Assalamualaikum... Salam sejahtera... movie timeee on Sunday!!!!! yeay....Ahad lepas en.Baba bawa kami semua tengok cerita Moana..asalnya nak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng... tapi....review macam kurang menarik. Tunggu keluar kat astro je la. Kami keluar rumah pukul 11.35pagi. Tayangan bermula pukul 11.45pagi untuk Moana (Family Friendly). 11.45pagi sampai AEON. 11.50pagi beratur beli tiket. Alamak. Cerita dah start pukul 11.45pagi.. en.Baba kata takpe la. Masuk je la lambat sebab next tayangan pukul 1tengahari. Lambat sangat nak tunggu. tapi....bila masuk pukul 12.05tengahari, cerita tak mula pun lagi..alhamdulillah....hihiihi nasib baik dengar cakap en.Baba ada tulis Family Friendly untuk movie Masa tengok tu..konfius juga sebab ada dua tayangan Moana..macam gambar diatas ni.. ada dua cerita Ballerina. Ballerina (Family Friendly) dan juga Ballerina. Yang anakMommy tengok tu ada Moana dan juga Moana (Family Friendly). Apa beza antara kedua tayangan Moana ni..?? ana...